Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer

Fashion

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer | Pilihan Kasual dan Ceria untuk Seisi Keluarga. Marks & Spencer (M&S), gedung Britain yang tersohor ingin membantu anda bersiap sedia untuk ke pantai dengan Koleksi Summer Style yang terbaharu.

Mengambil semangat musim panas, koleksi girang penuh kepelbagaian ini menawarkan barisan
pilihan fesyen terkini untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. Bersedialah untuk bergaya di bawah
sinaran matahari sambil menikmati bayu laut dengan pakaian berkualiti tinggi ini.

Pakaian Wanita: Nikmati Daya Penarik Musim Panas

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer

Menampilkan serlahan warna merah jambu terang, oren cerah, dan biru langit, Koleksi Summer
Style Marks & Spencer menawarkan pakaian terbaik untuk percutian di tepi pantai. Daripada
blaus beropol seperti Bardot Beach Top beraspirasikan gaya bohemian kepada bikini penuh
gaya, semuanya ada untuk setiap aktiviti musim panas. Jalan dengan penuh keyakinan dengan
Tummy Control Printed Bandeau Swimsuit yang direka dengan inovasi kawalan perut, fabrik
kalis klorin yang tahan lasak dan teknologi Sun Smart UPF 50+ yang membolehkan anda
bergembira di bawah sinaran matahari tanpa ragu-ragu.

Lengkapi ketrampilan anda dengan Leather Flat Sliders yang penuh bergaya, direka bentuk dengan penuh gaya dan praktikal. Ataupun dapatkan Straw Chain Underarm Bag yang begitu anggun, aksesori versatil yang boleh menjadi teman akrab dalam setiap pengembaraan anda.

Koleksi Summer Style juga menampilkan rangkaian gaun berbunga-bunga dalam warna yang terang bagi memastikan anda membawa sinar suria ke mana sahaja. Sama ada untuk keluar bersiar-siar atau pergi berseronok bersama rakan-rakan, rangkaian ini menyediakan banyak pilihan untuk pelbagai majlis. Bagi mendapatkan gaya yang sofistikated dan malar segar, pilihlah Printed Square Neck Midi Skater Dress dalam rona hitam dan putih. Gaun ini menggabungkan keanggunan monokrom dengan garis leher segi empat dan siluet skater yang ranggi.

Bagi suasana romantis pula, Pure Cotton Printed V-Neck Midaxi Dress dalam warna merah jambu lembut adalah pilihan yang begitu tepat. Gabungan warna merah jambu lembut dan corak berbunga-bunga memberikan gaun midaxi ini aura elegan dan anggun. Sama ada anda menghadiri parti taman ataupun parti malam musim panas, gaun ini memberikan nafas baharu kepada ketrampilan anda.

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer

Pakaian Lelaki: Fesyen Pantai Sempurna

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer

Bersiar-siar di tepi pantai dengan gaya kasual dengan Pure Cotton Palm Print Seersucker Revere Shirt daripada rangkaian pakaian lelaki.nMenampilkan fabric seersucker merah dengan corak dedaun palma
tropika, kemeja hebat ini memberikan keselesaan moden. Bolehndidapati dalam padanan biasa yang selesa dengan kolar revere dan lengan pendek, inilah kemeja mudah seterika yang harus dimiliki musim
ini. Padankannya dengan Lightweight Chino Shorts klasik yang diciptandengan LYCRA® XTRA LIFETM dan ikatan pinggang aktif untuk memudahkan pergerakan.

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks & Spencer

Pakaian Kanak-Kanak: Keseronokan Berfesyen Bagi Si Cilik

Marks & Spencer memahami bahawa fesyen haruslah menyeronokkan untuk si cilik yang
bergaya, dan rangkaian pakaian kanak-kanak daripada Koleksi Summer Style adalah pilihan
tepat buat mereka. Tampil dengan dengan warna yang ceria dan corak luar biasa, seperti Shark
Print Swim Shorts dan Cotton Vest warna coral dengan seluar padanan, koleksi ini memastikan
anak-anak anda kekal bergaya dan dapat bebas berlari dengan selesa.

Rangkaian kepelbagaian fesyen membolehkan kanak-kanak meluahkan identiti dan imaginasi mereka sendiri. Ceriakan persalinan mereka dengan Rainbow Clog , manakala gaya Bucket Hats terkini yang diperbuat daripada fabrik Sun Smart UPF50+, membantu melindungi mereka daripada sinar UV yang berbahaya dan menjentik sedikit elemen manja dan comel.

Koleksi Summer Style daripada Marks & Spencer boleh didapati di semua gedung seluruh
negara dan dalam talian di https://www.marksandspencer.com/my/. Dengan pilihan luas fesyen
untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, Marks & Spencer memberi jaminan bahawa semua akan
mendapatkan gaya musim panas yang sempurna. Bagi mendapatkan maklumat terkini tentang
pelancaran koleksi terbaharu, ikuti M&S di Instagram, Facebook dan TikTok.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!