Viral Buah Donut Peach – Ketahui Khasiat & Kesan Sampingannya

Info Sharing

Viral Buah Donut Peach – Ketahui Khasiat & Kesan Sampingannya | Viral kecoh sana sini pasal buah donut peach ni, tapi Ummi masih bertahan tak terjebak. Ya betul memang tak pernah lagi membeli. Tup tup rezeki dapat merasa bila Mak Leen bawa ke office. Dapatlah menjamah sikit. Memang masak ranum buahnya. Ooooo begitu rasanya. Sedaplah manis. Tak lah masam. Sebab ada kata masam la apa la. Just nice gitu. Oleh sebab dah merasa, jadi Ummi pun cubalah cari info pasal buah donut peach ni. Jom baca!

Asal usul buah donut peach

Buah pic ini sebenarnya berasal dari negara China. Buah ini juga dikenali sebagai Flat Peach atau Saturn Peach. Nama ‘Saturn’ diberikan kerana bentuk buah ini yang pipih, hampir mirip dengan cincin planet Zuhal atau Saturn. Buah donut peach masih baru lagi di pasaran Malaysia, tapi ianya telah lama menjadi sebahagian daripada makanan diet orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Khasiat Buah Donut Peach

  • Dapat memperbaiki tekstur kulit 
  • Menjadikan kulit cantik dan berseri
  • Membantu mengurangkan masalah keguguran rambut
  • Membantu menyeimbangkan tekanan darah
  • Membantu mengempiskan perut
  • Membantu kesihatan jantung dan penglihatan

Viral Buah Donut Peach, Ini Khasiatnya Tapi Tak Semua Orang Boleh Makan!

Buah donut peach mengandungi vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan membantu dalam pembentukan kolagen untuk kesihatan kulit.

Selain itu, vitamin A dalam buah donut peach juga penting untuk membantu kesihatan mata dan meningkatkan sistem imun dalam badan.

Viral Buah Donut Peach - Ketahui Khasiat & Kesan Sampingannya

Kesan Sampingan Jika Makan Terlalu Banyak Buah Donut Peach

Walaupun donut peach adalah sumber nutrisi yang baik, namun ia masih boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan jika anda mengambilnya secara berlebihan. Kata orang nak makan tu biarlah berpada-pada. Buah donut peach mempunyai kandungan serat yang tinggi dalam buah ini dapat membantu proses pencernaan.

Apabila kita makan terlalu banyak buah yang kaya dengan serat ini boleh menyebabkan masalah sembelit, terutamanya jika kita kurang minum air.

Selain itu juga, buah donut peach juga mengandungi banyak kandungan gula semulajadi. Ianya mungkin tidak sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes. Ia juga boleh menjandi alahan kepada mereka yang alah dengan buah peach.

Viral Buah Donut Peach – Ketahui Khasiat & Kesan Sampingannya

Tips Beli Buah Donut Peach

Tips untuk korang yang baru nak membeli buah donut peach ni, pastikan memilih buah yang lebih terang kerana ia lebih manis.

Baca juga: Bio Essence Rose Gold Water

Kesimpulan

Buah donut peach adalah buah baik dan sesuai untuk diet harian.

Bagi mengurangkan dan mengelakkan kesan sampingan jika dimakan berlebihan, adalah penting untuk kita mengkaji dan mengetahui faedah, nutrisi dan kandungan pemakanan buah donut peach ini walaupun ia sedang viral di Malaysia. Rasakan kebaikan buah yang luar biasa ini dan nikmati buah ini dengan cara yang sederhana.

Baca juga: Khasiat Ubi Bit (Beetroot) Bagi Pesakit Kanser

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!