Geng Hiking Sireh Park Iskandar Puteri | Lama terperap entri ni ya. Masa ni pun Syahid tak buat operation lagi ui. Entah apa-apa je la Ummi ni kan. Inilah syndrom kemalasan bila ko dah snap gambar bebanyak lepas tu ko malas nak bubuh watermark lepas tu ko lupa nak update kat blog. Kita throwback lagi zaman-zaman bebas dari COVID-19.
Macam biasa ketua rombongan ke Sireh Park tak lain tak bukan Kak Lizz. Geng Hiking Ummi ni geng emak-emak PTP je. Ummi ko kan biasalah banyak geng. Geng makan aka geng Jumaat, geng hiking, geng susu ibu, geng baby wearing, geng blogger, geng apa lagi semua Ummi geng hehehe. Biasanya kami ke sini hari Ahad, selepas Abang Ilham dan Abang Syamil ke sekolah. Ummi macam biasa ditemani body guard kecil. Babah pula dengan aktiviti cycling beliau. Kalau Babah tak ada aktiviti cycling Syahid tinggallah dengan Babah kat rumah.
Kalau korang perasan baju lain-lain warna tu kan hahaha. Sebenarnya ini dua hari yang berlainan. Ummi kan dah peram, haruslah Ummi gavungkan je semua gambar. Tapi geng hikingnya tetap orang yang sama.
Time nak hiking dengan baby ni, baby carrier adalah senjata paling berguna untuk Ummi teruskan usaha mendaki bukit yang tak berapa mencabar ni. Kalau tak ada baby carrier konfem Ummi tak sanggup hahaha. And the best part is, Syahid memang bagi kerjasama 200%. Most of the time, masuk je carrier dia selamat menidurkan diri. Tapi sebelum tu Ummi kena bagi perut dia kenyang supaya dia lena nak tidur.
Sireh Park Iskandar Puteri Tempat Beriadah
Trip kali ni Nanie tak ada tapi diganti dengan Kak Ross.
Paling-paling level semput pun bila nak naik ke sini la. Padahal tak tinggi mana, cuma bawa beban di bahagian hadapan kan ada rasa kesemputan la di situ. Tapi baby dalam SSC tu senangkan hati tidur, dia tak tahu ke mak dia mintak nyawa masa tu hahaha.
Sempat lagi kan mak ko nak posing kat sini. Masa ni kurus sikit ek. Sekarang ni dah lama tak menjejakkan kaki ke Sireh Park. Geng hiking SIreh Park dah start memanjat bukit tu, Ummi ni macam makin hari makin ke laut dalam hahaha. Macam lupa la jalan ke Sireh Park tu kahkahkah. Astaghfirullahalazim bila nak insaf ni.
Sebelum turun bukit masa tu jumpa Kak Eija dan Izan. Adoiii Izan pun dah setahun tinggalkan PTP punya lama mak ko peram. Ehhh kembang kuncup hidung mak kangaroo bawa anak kangaroo dalam kantung tu ya hahaha.
Ok insha Allah, bila free weekend nanti Ummi nak start semula bersama geng hiking memanjat Sireh Park. Ummi level2 Sireh Park je pun hahaha. Belum level2 gunung-ganang lagi. Saja buat santai-santai. Oklah, till then, babai.
AKTIVITI TERBARU DI SIREH PARK
Food Trucks
Camping
Glamping – Canopy Villa Sireh Park
Big Screen (Untuk perlawanan bola sepak JDT)
Kayak
ATV
Spice Garden
LOKASI SIREH PARK
p/s Entry Hiking di Tasik Biru Tasik 3 Beradik Seri Alam pun sampai ke sudah tak muncul.
Baca juga: Riadah Petang Di Sireh Park
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
rindu nya zaman sebelum covid 🙁
kan.. bebas nak ke sana ke sini.. hurmm bertabah lah
lama benau tak hiking.tunggu geng On baru ler boleh gi
last aku gi tasik 3 beradik. lepas tu PKP babai.
nak tahu ikut trek yang mane kat sireh park nie…almaklum pegi sorang diri.
ada banyak trek kat situ. awak blh ikut mana awak nak start dulu. sekarang dah makin byk improvement.
Pingback: Riadah di Fish Pond & Park Eco Botanic Iskandar Puteri - herneenazir