Ayahanda Tersayang Kembali Kerahmatullah (9 Zulhijjah 1444H)

Ayah
Ayahanda Tersayang Kembali Kerahmatullah (9 Zulhijjah 1444H)

Ayahanda Tersayang Kembali Kerahmatullah (9 Zulhijjah 1444H) |إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Assalamu’alaikum, dukacitakan dimaklumkan bahawa ayah yang kami kasihi SAMSHUDIN BIN YAHYA telah kembali kerahmatullah pada 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijjah 1444H lebih kurang jam 11 pagi. Mohon ampun dan maaf andainya ada salah dan silap beliau sepanjang hayatnya.

Al-fatihah buat SAMSHUDIN BIN YAHYA

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah.

Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai penganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Robbal Aalamiin.

Ayahanda Tersayang Kembali Kerahmatullah (9 Zulhijjah 1444H)

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya sekeluarga sepanjang menguruskan jenazah. Jenazah selamat diuruskan (dimandikan dan dikafankan) di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan dibawa ke Masjid Desa Paya Mengkuang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Kupang (Kubur Tinggi).

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa afihi wa’fu anhu.

Damailah ayah di negeri abadi bersama Bonda Hajah Kasmah binti Daud tersayang.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!