Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ) Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Education
Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ) Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ) Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor | Panduan untuk ibu dan ayah yang ingin membuat permohonan darjah 1 ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ). Sila isi porang permohonan pendaftaran melalui google form yang disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Antara dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan ke darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah seperti di bawah:

Contoh borang yang perlu diisi. Boleh didapati di sekolah agama berdekatan.
Senarai semak

Permohonan Kemasukan Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ) Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Senarai Semak Dokumen Murid Darjah 1 & Tadika Agama Johor (TAJ):

  1. Salinan surat beranak murid – 3 salinan
  2. Salinan Mykid murid – 3 salinan
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa – 3 salinan
  4. Salinan Sijil Nikah Ibubapa – 1 salinan
  5. Salinan Penyata Gaji Ibubapa – 2 salinan
  6. Salinan Bil Elektrik/ Air (Yang Terkini) – 1 salinan
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (Jika Berkenaan) – 3 salinan
  8. Gambar Ukuran Passport (4 keping) **berbaju Melayu & bersongkok

Tarik mula permohonan 1 Julai hingga 31 Oktober 2023.

  • Borang permohonan pendaftaran boleh diperolehi di Pejabat Sekolah
  • Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke Pejabat Sekolah
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima
  • Setiap salinan hendaklah difotostat dalam saiz A4

****Pendaftaran bagi BUKAN WARGANEGARA – Permohonan melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Larkin Perdana, Johor.

LINK GOOGLE FORM PERMOHONAN PENDAFTARAN DARJAH SATU SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR (SAKNJ)

(Link akan dikemaskini kemudian)

WEBSITE: SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!