Tempat Menarik di Ipoh | Genap setahun tarikh kami cuti-cuti Malaysia ke Ipoh, Perak. Memang best jalan-jalan sekitar Ipoh. Banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak jengah contohnya Gua Tempurung, Taman Rekreasi Gunung Lang dan lain-lain lagi. Insha Allah, ada masa nanti boleh repeat jalan-jalan ke Ipoh, Perak.
Jom tengok Tempat Menarik di Ipoh dan Tempat Makan Sedap di Ipoh yang korang singgah kalau ke sana.
Tempat Menarik di Ipoh
Rumah Putih Ipoh
Rumah Putih Ipoh terletak di Jalan Sultan Azlan Shah sesuai untuk majlis perkahwinan atau keraian berkonsepkan taman semulajadi yang indah dan permai. Dekorasi menarik dan lanskap yang sangat cantik dan classy.
Alamat: 12C, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak
Email: rumahputihipoh@gmail.com
No. Telefon: +(60) 12-212 9933
Bulatan Sultan Azlan Shah
Bulatan Sultan Azlan Shah terletak di Persiaran Meru Raya 1, Ipoh. Kawasan riadah santai sesuai untuk seisi keluarga. Selain berjalan kaki, pengunjung boleh menikmati pemandangan malam dengan menaiki train atau menyewa kereta kawalan jauh untuk anak-anak.
Alamat:
Persiaran Meru Raya 1,
30020 Ipoh,
Perak.
Waktu Operasi:
6.00 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)
Tasik Cermin
Tasik Cermin adalah kawasan kuari yang sudah lama dan tidak lagi beroperasi yang mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik. Nikmati keindahan alam ciptaan Allah di Tasik Cermin.
Harga Tiket Tasik Cermin Ipoh
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 4 | 4 |
Pelancong Asing | 8 | 8 |
Harga Parking | RM15 |
Harga Bayaran Naik Bot Dewasa Kanak-kanak | RM18 RM12 |
Waktu Operasi Tasik Cermin Ipoh
9am-6pm (setiap hari)
Lubuk Timah Hot Spring (Pusat Rekreasi Lubuk Timah), Simpang Pulai
Lubuk Timah merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun. Terletak Jalan Keramat Pulai, Kampung Kepayang, Ipoh. Ada juga disediakan chalet untuk yang ingin menginap di sini. Pondok-pondok untuk aktiviti barbeque juga disediakan, hanya perlu bayar sewa sahaja.
Harga Tiket Masuk:
Dewasa – RM5
Kanak-kanak & Warga Emas – RM3
Sewaan kemudahan:
Pondok: RM10
Gazebo: RM30
Gazebok Eksklusif: RM70
Alamat: Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Jalan Keramat Pulai, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 8am – 6.30pm (Daily)
Facebook: https://www.facebook.com/PUSAT.REKREASI.LUBUK.TIMAH
Funtasy House Trick Art Ipoh
Funtasy House Trick Art Ipoh juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Ipoh. Bangunan 2 tingkat ini dihiasi dengan lukisan 3D, 2D yang sangat cantik. Jadi korang bersiap sedialah untuk posing sepuasnya. Nak posing kena ikut aksi yang dicadangkan tau baru gambar nampak cantik.
Alamat: 16, Jalan Pasar, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 9am – 6pm (Daily)
Harga Tiket:
Pemegang MyKad
Dewasa – RM15
Kanak-kanak (4-12 Tahun)/Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)/OKU – RM10
Bukan Pemegang MyKad
Dewasa – RM25
Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM20
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)/OKU – RM15
Lost World of Tambun – Hot Springs & Night Park
Terokai Lost World of Tambun – Hot Springs & Night Park di waktu malam. Antara yang menarik seperti Flaming Percussion, Luminous Forest, Lost World Hot Springs & Spa, Lost World Petting Zoo By Night, Ipoh Street dan Tarantula Alley.
Harga Tiket Masuk Hot Spring Night Park (Online):
Dewasa: RM52.50
Kanak-kanak: RM46.20
Harga Tiket Masuk Hot Spring Night Park (Belian di Kaunter):
Kanak-kanak: RM66 (Diskaun RM10 bagi pemegang MyKad)
Waktu Operasi Lost World of Tambun Ipoh
Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm
*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah
LOST WORLD OF TAMBUN
(Sunway Lost World Water Park Sdn Bhd)
No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak.
Tel : +605 5428888 | Fax : +605 5428899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : http://www.sunwaylostworldoftambun.com
Kellie’s Castle, Batu Gajah, Kinta
Kellie’s Castle atau Rumah Istana Kellie telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
Harga Tiket Kellie’s Castle
Dewasa – RM5
Kanak-kanak – RM3
Pelancong Asing – RM10
Waktu Operasi Kellie’s Castle:
9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.
Tempat Makan Sedap di Ipoh
Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan
Kalau ke Ipoh jangan lupa cuba menu yang terdapat di Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan. Banyak pilihan makanan laut. Pilih seafood dan tetapkanjenis masakan apa yang korang suka. Rasa sedap dan harga memang berpatutan. Recommended!
Alamat: 78 (Ground Floor, Jln Meru Bestari B7, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Salmah Kopitiam
Salmah Kopitiam menyediakan pelbagai menu klasik dari Selatan hinggalah ke Pantai Timur. Terdapat pelbagai pilihan menu yang boleh buat pelanggan rambang mata. yang pastinya menu di sini memang sedap.
Alamat: 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 1 petang
Warung Tempua, Ipoh
Warung Tempua, Ipoh adalah warung masakan Melayu yang beroperasi selama 24 jam. Kawasan sekelilingnya penuh dengan pokok hijau. Memang sangat mendamaikan jiwa. Makanan yang disajikan juga pelbagai.
Alamat: 71, Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 24 jam
Facebook: Warung Tempua 24 Jam
Warong P.Ramlee
Warong P. Ramlee ni terletak dalam kawasan sebuah resort The Kandu. Kawasan ni di kelilingi dengan kehijauan pokok dan gua batu kapur. Sambil makan sambil menikmati kehijauan alam. Dekorasi kedai pun sangat klasik dan menarik. Makan sedap. Recommended!
Alamat: 10731, Jalan Besar, Kampung Gunung Mesah Hulu, Gopeng, Perak.
Waktu Operasi: 7am – 11pm (Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)
Facebook: Warong P. Ramlee at the Kandu
wah! Banyaknya tempat menarik di Ipoh. Masa pi Tapah last year cuma singgah kejap kat Bandarnya utk makan n shopping sikit. Kena pi lagi ni..
tapah saya tak banyak explore lagi selain gi cameron highlands hehehe
bestnyer pergi Ipoh. ada banyak lagi tempat yang kena terjah ni,
aah tak habis pusing lagi tu