Waktu Bercukur & Memotong Kuku Bagi Yang Menjalani Ibadah Qurban

Agama
Waktu Bercukur & Memotong Kuku Bagi Yang Menjalani Ibadah Qurban

Waktu Bercukur & Memotong Kuku Bagi Yang Menjalani Ibadah Qurban | Info ini untuk rujukan bagi mereka yang bakal menjalani ibadah Qurban pada tahun ini.

Bilakah Hari Terakhir Bercukur & Memotong Kuku?

Hari Ahad 30 Dzulkaedah/ 18 Jun 2023 hari terakhir untuk bercukur dan memotong kuku bagi yang berniat berkurban.

  1. Dzulhijjah = Hari Isnin/19 Jun 2023
  2. Dzulhijjah = Hari Selasa/20 Jun 2023
  3. Dzulhijjah = Hari Rabu/21 Jun 2023
  4. Dzulhijjah = Hari Khamis/22 Jun 2023
  5. Dzulhijjah = Hari Jumaat/23 Jun 2023
  6. Dzulhijjah =Hari Sabtu/ 24 Jun 2023
  7. Dzulhijjah = Hari Ahad/25 Jun 2023
  8. Dzulhijjah = Hari Isnin/26 Jun 2023
  9. Dzulhijjah = Hari Selasa/27 Jun 2023

Tarikh Puasa Arafah & Hari Raya Aidiladha 2023

Puasa Arafah 9 Dzulhijjah = 27 Jun 2023

Aidil Adha 10 Dzulhijjah = 28 Jun 2023

Bilakah Hari Tasyrik?

Tanggal 29, 30 Jun dan 1 Julai 2023/ (11, 12 dan 13 Dzulhijjah 1444) adalah hari TASYRIK iaini hari HARAM PUASA.

Waktu Bercukur & Memotong Kuku Bagi Yang Menjalani Ibadah Qurban

Apakah Maksud Hari Tasyrik?

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu konsentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk menjelang Maghrib 13 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari tersebut.

Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir. Kredit info: Hari Tasyrik

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!