Pertama Kali Masak Laksa Sarawak

Recipes
Wordless Wednesday - Laksa Sarawak

Pertama Kali Masak Laksa Sarawak | Kisah pertama kali Ummi mencuba masak Laksa Sarawak di hari raya. Menu nak gempak je kan hehehe. Sebenarnya Ummi tak lah suka gila makan Laksa Sarawak ni. Makan pun sekali sekala, nak buat jauh sekali.

Ceritanya, JDT Blogger Sunah Sakura nak balik ke Sarawak hari tu, dia open order la sesiapa geng-geng yang nak kirim Pes Laksa Sarawak Hj. Manan. Maka dengan lajunya tangan Ummi reply nak kirim 2 pek. Ya confident nak 2 pek je.

Ok jom tengok resipi Laksa Sarawak, bahan-bahan dan cara membuat Laksa Sarawak. Next time kita cuba buat sendiri pesnya. Tapi bila tu tak pastilah hehehe. Janji cuba masak sendiri tau. Baru la thrill jadi emak-emak duk bersilat kat dapur hehehe.

Resipi Laksa Sarawak

Bahan-bahan Membuat Laksa Sarawak

  • 1 paket atau 200gm perencah Pes Laksa Sarawak Hj. Manan
  • 1 liter air
  • 300gm udang
  • 1/2 ketul dada ayam
  • 1 bungkus mee hoon
  • 200gm taugeh
  • 2 biji telur ayam
  • 250ml pati santan
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1 kiub pati stok ayam
  • garam jika perlu

Cara-cara Membuat Laksa Sarawak

  1. Panas 1 liter air.
  2. Masukkan Pes Laksa Sarawak Hj. Manan, pati santan dan pati ayam. Biarkan mendidih selama 5 minit. Hanya masukkan garam bila perlu sahaja.
  3. Mee hoon dan taugeh dicelur ke dalam aor panas, isi udang digoreng 3/4 masak, isi ayam direbus dan dicarik (koyak kecil), telur dipukul dan digoreng dadar, digulung dan dihiris kecil.

Cara-cara Menghidang Laksa Sarawak

Masukkan mee hoon ke dalam pinggan dan letakkan taugeh, hirisan telur, ayam, udang dan 2 hingga 5 helai daun ketumbar. Masukkan kuah dan hidangkan ketika panas. Untuk rasa yang lebih enak dan pedas, masukkan sambal belacan yang ditumbuk bersama cili dengan perahan limau kasturi. Bagi 1 paket 200 gram, boleh dihidang untuk 5 hingga 6 orang.

Kedai Laksa Sarawak di Johor

Elle’s Kitchen @ Dianella Cafe.JB

Alamat: 18 Jalan Kolam Air 1 Taman Nong Chik Heights, 18, Jalan Kolam Air 1,
Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-220 0552

Sarawak Kuching Laksa
Alamat: 33A, Jalan Nusaria 3, Taman Nusantara, 79200 Johor Bahru, Johor
Telefon: 010-823 9978

Kedai Laksa Sarawak di Kuala Lumpur

Kafe Sarawak Johor (Damansara)
Alamat: 60-1, Jalan PJU 8/5b, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 010-2430434

Dayang Sarawak Corner (Mee Kolok & Laksa Sarawak)
Alamat: Park N’ Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Telefon: 017-329 2005

Restoran Dapur Sarawak
Alamat: No.19, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-4031 7987

Laksa Sarawak Menang Anugerah Makanan Asia

Laksa Sarawak dinobatkan sebagai Makanan Terbaik Asia oleh laman TasteAtlas. Laman web yang terkenal dengan peta makanan interaktif pertama di dunia ini meletakkan Laksa Sarawak di tempat pertama dengan skor 4.8 daripada 5.

Laksa Sarawak mempunyai rasa yang lembut dan halus. Terdiri daripada kuah berasaskan ayam atau udang yang berperisa dengan pes laksa pekat, yang kadangkala terdiri daripada lebih daripada dua puluh bahan yang berbeza. Sup termasuk laksa, telur dadar yang dicincang, udang yang telah dimasak, dan ayam yang dicincang.

Pes Laksa Sarawak Hj. Manan

Pertama Kali Masak Laksa Sarawak

Inilah rupa paras Pes Laksa Sarawak Hj. Manan tu kalau korang tak pernah tengok lagi hehehe. Setakat ni dah dua kali Ummi masak Laksa Sarawak ni tau. Alhamdulillah Babah dan anak-anak suka. Rasa menyesal betul kirim sikit. Tapi zaman dunia teknologi serba canggih ni, order je la kat Shopee hehehe. Jadi Ummi pun search Pes Laksa Sarawak Hj. Manan kat shopee dan beli 5 pek sekaligus hehe. Sekarang ni dah tinggal 2 pek. Siapa-siapa nak datang rumah bagitahu nanti Ummi masak lagi Laksa Sarawak ecehhhh.

Beli Pes Laksa Sarawak >> DI SINI <<

Baca juga: Wordless Wednesday – Laksa Sarawak

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Pertama Kali Masak Laksa Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!