Riang Ria Raya Buffet Lunch di GBW Hotel

Foods Review
Riang Ria Raya Buffet Lunch di GBW Hotel

Riang Ria Raya Buffet Lunch di GBW Hotel | Lunch di Hari Pekerja 1 Mei 2023, menjamu selera di GBW Hotel, makan menu sedap sempena Riang Ria Raya Buffet Lunch. Seharian Ummi gantung kuali tak masak di rumah hehehe. Acah-acah reward diri sebab penat bersilat kat dapur sepanjang raya ecehhh.

Menu Riang Ria Raya ni semua sedap-sedap belaka. Memang berbaloilah dengan harganya. Tersadai lepas makan. Memang kami plan tak makan berat pagi supaya dapat menikmati semua menu di sini.

Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama suami dan anak-anak. Dapat belanja diorang lunch makan menu raya pun dah cukup happy. Lepas tu kita sambung beraya.

Ada lemang, nasi impit, ayam masak merah, kuzi kambing, nasi tomato, udang sweet sour, sayur goreng jawa, nasi lemak ayam berempah, sup kambing, aneka kerabu, rojak buah, aneka kuih-muih tradisional dan moden, DIY air batu campur dan cendol dan banyak lagi.

Kalau korang nak buat family gathering atau office gathering sempena raya boleh la plan buat kat sini. Kot lah ada bajet lebih, lepas tu dah kepenatan masak sendiri kat rumah, ajak je la kekawan menjamu selera menu GBW Hotel hehehe.

Details macam kat bawah tu.

RIANG RIA RAYA BUFFET LUNCH AT GBW HOTEL

Tarikh: 1 – 31 Mei 2023
Masa: 12pm – 2.30pm
Tempat: D’Mezzanine Restaurant GBW Hotel

HARGA BUFFET:

Dewasa – RM43 bersih
Warga Emas – RM38 bersih
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM27 bersih

BELI 7 PERCUMA 1 (UNTUK HARGA DEWASA SAHAJA)

Tempahan 15 pax ke atas PERCUMA

1/2kg kek
Ruang pentas

Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk tempahan, sila hubungi: https://linktr.ee/gbwhotel

Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!