Home » Jom sambut “Raya Kampung Style” di LEGOLAND Malaysia

Jom sambut “Raya Kampung Style” di LEGOLAND Malaysia

Jom sambut "Raya Kampung Style" di LEGOLAND Malaysia

Jom sambut “Raya Kampung Style” di LEGOLAND Malaysia | Sepanjang Syawal, bermula 21 April hingga 21 Mei 2023, Legoland Malaysia Resort telah bertukar wajah mengikut tema raya kampung style. Korang berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Banyak permainan tradisional yang anak-anak zaman sekarang ni tak kenal, jadi sambil bersuka ria diorang boleh la cuba sekali main. Extra bonus dapat bonding time dengan anak-anak giteww.

Anak-anak Ummi ni macam biasalah dari pagi sampai ke petang bateri diorang hijau ke tak merah². Ummi yang macam nak seret kaki jalan hahaha. Oleh kerana sekarang musim hujan petang, Ummi suggestkan korang yang nak mandi-manda tu ke Waterpark dulu sebelah pagi. Lepas tu barulah korang ronda Sealife dan Theme Park.

Antara aktiviti menarik:

LIVE SHOW

@ The Beginning

10am – Gema Lebaran
11am – Senandung Al-Mubarak
3.30pm – Seloka Hari Raya
4.30pm – Dendang di Hari Raya
5.30pm – Riang Ria Raya

@ Stage City

2pm – LEGO NINJAGO® & The Realm of Shadows

Activities @ The Beginning (All Day)

Congkak
Checkers
Play Dress Up
Build-A-Lantern
Batu Seremban
Teng Teng

Activities @ The Beginning (Friday, Saturday & Sunday)

2pm – Chapteh
3pm – Ketupat Weaving
4pm – Batik Painting
5pm – Bola Kampung

AIdilfitri Hunt

Spot items hidden in MINILAND, solve some trivia & win a cool prize!

Special Appearance

Jom sambut "Raya Kampung Style" di LEGOLAND Malaysia

Ollie @ The Beginning Stage Area
Master Wu @ NINJAGO® The World Entrance
Castle Stage
Waterpark Turnstile

Jom sambut “Raya Kampung Style” di LEGOLAND Malaysia

THE ILHAMS AT LEGOLAND WATERPARK

Kami sampai dalam jam 10 pagi lebih la gitu. Sempat tengok Live Show Senandung Al-Mubarak sekejap @ The Beginning. Then terus ke Legoland Waterpark. Memang dah rancang awal nak spend time di waterpark dulu memandang cuaca yang kebiasaannya hujan sebelah petang.

Alhamdulillah The Ilhams enjoyed berendam di waterpark walaupun panas berdenting ui. Kemain abang-abang tu, tak sempatlah Ummi nak follow diorang sebab Ummi fokus melayan kat Syahid je. Itu pun Ummi tak mandi-manda sakan sangat.

Lepas mandi-manda sempatlah kami isi perut di Beach Grill Cafe. Macam biasa favourite kami, Nasi Ayam Tenpanyaki. Sedap! Selain tu makan ringan-ringan je french fries dan nugget.

THE ILHAMS AT SEALIFE MALAYSIA

Lepas mandi-manda, kami sejukkan badan lagi di Sealife. Masing-masing tak sabar nak tengok fish. Masuk-masuk je Sealife dah boleh posing kat backdrop hari raya. Ada dua backdrop yang korang boleh posing ok.

THE ILHAMS AT LEGOLAND THEMEPARK

Lepas ke Sealife kami terus terjah ke Legoland Themepark. Mula-mula kami ke Miniland dulu. Buat pertama kalinya kami merasai pengalaman di “Cooler MINILAND”. Miniland dah berbumbung redup sikit nak ronda kawasan tu. Sempatlah posing dengan Auntie Juju & Yash. Lepas tu kami tengok 4D movie dan ronda kawasan lain. Korang yang memang sah ada annual pass apa tunggu lagi! Dah banyak makan ketupat rendang kan, jom bakar lemak ronda Legoland hehehe. Yang tak ada annual pass boleh beli daily pass di link di bawah ya. Selamat be”raya kampung style di Legoland Malaysia Resort”.

Banyak gambar lagi boleh tengok di page Ummi ya.

Event: https://www.legoland.com.my/…/shows…/aidifitri-legoland/

Tickets & Passes: https://www.legoland.com.my/tickets-passes/

Baca juga: Balik Kampung to LEGOLAND® Malaysia Resort for Raya

 226 total views,  2 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!