Buka Puasa Buffet Ramadan Selera Warisan Meldrum di GBW Hotel

Buka Puasa Buffet Ramadan Selera Warisan Meldrum di GBW Hotel

Buka Puasa Buffet Ramadan Selera Warisan Meldrum di GBW Hotel | Alhamdulillah rezeki berbuka puasa Ramadan ke 4 di GBW Hotel bersama Babah dan anak-anak. GBW Hotel antara hotel yang menawarkan harga buffet Ramadan di bawah RM100. Kalau korang book awal dapat harga lebih murah iaitu RM78 (sebelum 31 Mac 2023). Memang berbaloi dengan harga dan kuantiti dan kualiti makanannya. Hidangan utama mengikut giliran setiap hari.

Antara menu sedap yang korang mesti cuba kalau ke sini antaranya, Kambing Golek Panggang 2 Hari 1 Malam, Nasi Beriani Ambok, Nasi Lemak Kukus Bonda Ayam Berempah, Sate Malaya, Aneka Sup Warisan, Kambing Gulai Kawah, Ikan Kari Mamak, Sotong Sambal Petai, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Sayur Lemak Nenas Ikan Masin, Kupang Masak Merah Berserai, Durian Goreng, Cendol Durian, Pulut Serawa Durian dan banyak lagi.

Masa Ummi sibuk survey makanan, Abang Ilham kemain dah aim kambing kat Nasi Beriani Ambok tu, tup-tup dia datang meja bawak pinggan dengan tulang besar gitu hahaha. Adoiii lah anak siapa la ni. Abang Ilham ni kalau korang ajak dia makan buffet memang tak rugi. Dia makan bersungguh-sungguh lagi-lagi kalau jumpa kambing kegemaran dia. Abang Syamil syok makan lauk Kambing Gulai Kawah dan Kupang Masak Merah Berserai. Ummi suka juga kupang tu. Sambal kupang nasi lemak tu sedap betul.

Buka Puasa Buffet Ramadan Selera Warisan Meldrum di GBW Hotel

Kalau korang berbuka kat sini jangan lupa cuba Nasi Lemak Kukus Bonda Ayam Berempah ni tau. Masya Allah sambal kupang dia sedap betul. Ummi ngecek dari pinggan Babah tu rasa tak cukup ok hehehe.

Aneka Sup ni pun sedap.

Aneka dessert yang memeriahkan suasana. Banyak pilihan, Ummi kejar serawa durian, durian goreng dulu apa lagi. Air balang pun banyak pilihan sejuk dan panas.

Lepas makan jangan lupa posing kat sini ok.

Alhamdulillah rezeki. Kenyang kami anak beranak. Thanks GBW Hotel. Makanan sedap-sedap belaka. Korang yang nak berbuka kat sini boleh cepat-cepat book tau! Masih berbaki 3 hari lagi sebelum berakhirnya early bird.

EARLY BIRD PROMO!

RM78 nett (Beli sebelum 31 Mac 2023)

HARGA BIASA:

Dewasa RM98 nett
Warga Emas/ Kanak-kanak – RM48 nett

**Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk tempahan, sila hubungi:

https://linktr.ee/gbwhotel

Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *