Drama Andai Itu Takdirnya Astro Ria | Peminat novel Andai Itu Takdirnya pasti ternanti-nanti bila novel kegemaran korang telah diadaptasi menjadi sebuah drama. Ummi pun tak sabar nak tengok walaupun kat rumah dah lama unsubscribed Astro hehehe. Nanti kita tengok la kat mana-mana kan hehehe. Ummi memang minat hasil tulisan Siti Rosmizah. Memang ada koleksi novel beliau termasuk novel Andai Itu Takdirnya. Baca novel ni konfem meleleh air mata, apa lagi kalau dapat tengok dramanya nanti.
Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Siri ini akan bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 6 Mac 2023 menggantikan Akira Khan.
Andai Itu Takdirnya
Episod: 60
Tarikh Tayangan: Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah: Jamal Khan
Penerbit:
Siti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidi
Produksi: SR One Sdn Bhd
Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.
Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. “Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga ada maruah diri.” Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. “Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”
Drama Andai Itu Takdirnya Astro Ria
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. “You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji.”
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang memuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. “Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika.” Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? “Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya.
Drama Andai Itu Takdirnya Astro Ria
Baca juga: Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.” Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. “Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.” Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. “Leya, abang janji dengan nama Allah abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang.”
Pelakon Utama
- Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
- Hannah Delisha sebagai Aleya
- Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
- Idzham Ismail sebagai Ikram
- Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
Pelakon Pembantu
- Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
- Razman Mahayuddin sebagai Faizal
- Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
- Hariz Hamdan sebagai Azhar
- Aida Khalida sebagai Sharifah Aishah
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abbas
- Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
- Esma Daniel sebagai Syed Rahim
- Safura Ya’cob sebagai Ramlah
- Kamal Bakar sebagai Idris
Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi?
Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
Baca juga: Terjebak Dengan Drama Andainya Takdir
FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM