Ilham Syahid & Haiwan Kesayangannya “Chiko”

The Ilham's Pet

Ilham Syahid & Haiwan Kesayangannya “Chiko” | Alkisah sekarang Encik Ilham Syahid dah ada pet kesayangan beliau iaitu seekor arnab. Dah lebih 6 bulan juga la kami membela arnab ni. Sebelum ni dia selalu skodeng arnab jiran kat hujung jalan rumah kami ni. Sudahnya jiran yang baik hati tu sedekah dia seekor arnab. Gembira betul beliau dapat main rabbit.

Arnab kesayangan beliau ni kami beri nama Chiko. Ummi spontan je sebut Chiko then semua setuju. So marilah berkenalan dengan Chiko.

Kerja dia nak membelek Chiko je. Pantang la Babah nak bersihkan kandang atau bagi Chiko makan, konfem dia ada je meneman. Ni masa awal-awal Chiko duduk kuat dapur. Sekarang Babah letak dia di beranda rumah, senang nak urus bila nak basuh kandang semua.

Chiko ni suka makan kangkung. Babah ada juga beli makanan arnab bagi ke dia, tapi kadang bila dia tak nak tu dia pandang sepi je dedak dia tu. Ehhh, betul ke dedak hahaha. Nantilah kalau free, Ummi share brand makanan arnab yang Babah beri pada Chiko. Selain tu, mengikut nasihat owner pet shop bagus bagi makan alfalfa hay atau jerami rumput. Kalau bagi alfalfa kemain suka lagi dia. Alfalfa hay ni bagus tau, tinggi kandungan protein dan kalsium sesuai untuk baby arnab yang membesar. Bulu pun cantik terjaga. Bab pembersihan Chiko, potong kuku semua Babah punya kerja, Ummi part time bagi makan hehehe. Ok lah stay tuned for more updates on Chiko!

p/s Dulu Ummi ada pet juga, seekor kucing bernama Nemo. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Rugi rasanya tak banyak cerita pasal Nemo kat blog. Yang ada beberapa posting je. Korang boleh baca kat sini >> NEMO <<

FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!