Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Warisan Kampung di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Warisan Kampung di Thistle Johor Bahru | Pada tahun ini Thistle Johor Bahru bakal menyajikan menu berbuka puasa bertemakan “Citarasa Warisan Kampung”. Pelbagai jenis juadah tradisi yang ada nanti. Selain itu nantikan kemunculan selebriti terkenal tanah air yang akan menggamatkan lagi suasana sepanjang berbuka puasa.

Memang pecah perut dibuatnya bila Embun JB dan Diva AA bergabung atas stage yang sama. Korang bayangkan je la mulut diorang riuh macamana. Juga ditampilkan setiap hari persembahan Kudien Rafee, pemenang program 3 Juara. First la Ummi dengar dia nyanyi, power eh vokal dia ni. Persembahan yang memang sentiasa ada di Thistle tak lain tak bukan The Violinist, Aqmal Daniel. Untuk special date (8 & 15 April 2023) korang bakal dihiburkan dengan persembahan Juara Gegar Vaganza iaitu Ayai Illusi dan Siti Nordiana. Grab cepat!

Antara menu yang korang mesti cuba antaranya ialah:

Gulai Kawah

  • Asam Pedas Ikan Pari, Gulai Daging Salai, Gulai Pisang Muda, Ayam Opor Maharaja

Arab Specialties

  • Lebanese Chicken, Smoked Biryani Rice, Arabic Tomato Salad

From The Grill

  • Kibas Panggang 30 Hari, Chicken & Beef Satay, Ayam Percik, Otak-otak Kempas

Malay Cuisine

  • Ikan Siakap Tiga Rasa, Sambal Paru & Limpa, Nangka Masak Lemak

Chinese Cuisine

  • Hainanese Chicken Rice, Roasted & Steamed Chicken, Fried Butter Prawn

Tradisi Ramadan

  • Lemang / Ketupat Nasi / Palas, Lontong, Ayam Kuah Kacang / Serunding

Cucur-cucur & “Fresh” Kampung Durian

  • Durian Goreng, Pisang Goreng, Keropok Lekor, Getuk Ubi, Cekodok Pisang, Cucur Udang

UmmiI lham’s Favourites

Thistle ni antara hotel yang meriah juga makanannya sepanjang buffet Ramadan. Antara menu yang menarik hati dan tekak Ummi, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kibas Panggang 30 Hari, Sambal Paru & Limpa, Siput Sedut Masak Lemak, Lemang & Ketupat Palas, Aneka Kerabu dan banyak lagi. Korang kena try sendiri ok.

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Warisan Kampung di Thistle Johor Bahru

Harga Biasa
(Kecuali tarikh 8 & 15 April 2023)

Dewasa – RM148 nett
Kanak-kanak (6 – 12 tahun) – RM85 nett

Saturday Special (8 & 15 April 2023 sahaja)

Dewasa – RM198 nett
Kanak-kanak (6 – 12 tahun) – RM119 nett

Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Warisan Kampung di Thistle Johor Bahru

Celebrity of The Week:

8 April 2023 – Ayai Illusi & Diva AA
15 April 2023 – Siti Nordiana

Special Performance:

Embun JB – Host
Kudien Rafee – Pemenang 3 Juara TV3
Aqmal Daniel – Violinist

Ramadan Room Package (23 March – 20 April 2023)

Ramadan Stay & Dine – RM499 nett per night (Blackout date on 8 April and 15 April 2023)
Inclusive of 1 night stay in Deluxe City View room, 2 sahur and 2 Ramadan vouchers

Ramadan Stay & Dine with the Stars – RM599 nett per night (8 April and 15 April 2023)

Banyak lagi gambar di sini:

Citarasa Warisan Kampung di Thistle Johor Bahru

?Orchid Ballroom – Grand Ballroom + Outdoor Garden Area
? 23 Mac – 20 April 2023
? 6.30pm – 10pm
? Surau disediakan di Level 2.

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!