Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort | Ramadan kali ini Chef Jaffery & team bakal menyajikan menu gabungan citarasa Malaysia dan juga Mediterranean.

Banyak betul pilihan menu yang korang boleh cuba nanti. Antaranya Nasi Briyani Dum Kambing Hyderabad, Lamb Moussaka, Rendang Daging Minang, Udang Galah Lemak Cili Padi, Aneka Asam Pedas, Marinated Harissa Carcass of Lamb, Smoked Salmon, Laksa Johor, Mee Kari Laksa, Asam Laksa, Lemang, Ketupat, Serunding, Umm Ali, Baklava dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2023 di The Westin Desaru Coast Resort

Peminat Laksa Johor, Asam Laksa, Curry Laksa, Mee Rebus dan juga Asam Pedas jangan lupa singgah section ni ok.

Nasi Briyani Dum Kambing Hyderabad dan lauk-pauk yang boleh dimakan bersama termasuklah yang di bawah ni. Semua lazat-lazat uolls.

Ketupat, lemang, ketupat palas dan juag burasak boleh dimakan bersama serunding, rendang dan juga asam pedas. Kalau orang Bugis macam emak Ummi, konfem la makan burasak dengan asam pedas kan hehehe.

Korang juga boleh menikmati aneka pemanis mulut. Ada pelbagai pilihan kuih-muih tradisional, baklava, umm ali, buah-buahan, waffle, dimsum, aneka kurma dan banyak lagi.

Anak-anak konfemlah bakal tertarik kat sini kan, nampak aiskrim emak pun jadi terliur hehe.

Korang boleh pilih nak berbuka puasa di dalam restoran atau di luar sambil ditiup angin laut yang menyegarkan.. gitewwww.

Ummi Ilham’s Favourite:

Pertama kali mencuba menu-menu di Seasonal Tastes, Ummi dah terpaut hati dengan Rendang Daging Minang, Udang Galah Lemak Cili Padi dan Smoked Salmon. Ohhhhh sedap betul makan lemang bersama rendang daging minang tu eh. Smoked Salmon tu Ummi repeat banyak kali hahaha. Tak dilupakan Ummi juga merasa Laksa Johor. Cuma sambal belacan tu kalau lagi pedas lagi mantap gitu. Selain tu ikan bakar pun sedap, seafood on ice lagilah favourite. Yang best gak ada aneka baklava wehhh. Mantap! Korang nak vacation sambil berbuka puasa di bolehlah book kat sini tau!

Boleh cuci matatengok gambar-gambar lain di page Ummi ya:

Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort

Last but not least, Ummi ditemani hero kecil dan gambar kenangan bersama JDT Blogger dan rakan media lain. Insha Allah ada masa kita cuba stay kat The Westin Desaru Coast Resorts ni. Korang book cepat tau!

Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Dua Benua di Seasonal Tastes The Westin Desaru Coast Resort

Early Bird Price (1 Mac – 26 Mac 2023)

RM98+/ person

Harga Biasa (27 Mac 2023 onwards)

RM128+/ person

Pembelian 10 voucher, dapat 1 voucher PERCUMA! (sah untuk kedua-dua tawaran)

Untuk tempahan, sila hubungi:

📞 +607-838 3333
📩 fb.westindesaru@westin.com

📍Seasonal Tastes, The Westin Desaru Coast Resort

📅 27 Mac – 12 April 2023
🕡 6.30pm – 10pm
🚩Surau disediakan di Ground Floor.

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *