Celebrate Birthday di Dapo Mokcik Kopi Pokcik | Hujung minggu lepas Ummi repeat lagi ke Dapo Mokcik Kopi Pokcik dengan dua orang hero. Tempat makan sedap mestilah kena repeat. Kali ni kita makan sambil potong birthday cake Auntie Huda dan Abang Syamil yang malu-malu kucing hehehe.
Kalau korang nak tau Dapo Mokcik Kopi Pokcik ada menawarkan Pakej Birthday untuk couple (RM60) dan juga untuk empat orang (RM120) termasuk main courses , appetizer dan juga birthday cake. Korang dah tak payah nak pening-pening cari tempat semua. Dekorasi ruang pun dah siap disediakan. All in one gitu!
Nak datang ramai-ramai buat event kat sini boleh ke? Boleh sesangat uols. Untuk party package minimum 15 orang (RM30/pax). Kalau nak buat BBQ pun boleh RM60/pax. Kalau nak datang lewat sikit after 7pm pun boleh tapi make sure minimum 10 orang.
Jujur Ummi cakap most of the food memang sedap especially Nasi Lemak Basmathi tu. Sambal dia tu alahai sedap benor ditekak Ummi. Mantou cicah sambal udang pun sedap ok. Ummi cuba juga menu-menu baru Chicken Chop dan Breakfast ala Mokcik.
Memang santai sambil menghirup hot latte. Sedap lattenya tau. Ummi suka!.
Korang boleh juga order non-coffee drinks atau frappe.
Tempat memang selesa dan cantik. Lepas makan boleh OOTD sampai lebam!
Korang kena cuba tau menu kat sini.
Celebrate Birthday di Dapo Mokcik Kopi Pokcik
Details kat bawah ni:
𝗗𝗔𝗣𝗨𝗥 𝗠𝗢𝗞𝗖𝗜𝗞 𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗣𝗢𝗞𝗖𝗜𝗞
Instagram: www.instagram.com/dapo.mokcik
Waktu Perniagaan: 9AM – 7PM (Buka setiap hari kecuali Jumaat)
Google/Waze : Dapo Mokcik Kopi Pokcik
Alamat: 56, Jalan Bertingkat Skudai, Kampung Skudai Baru, 81300 Johor Bahru, Johor.
** Berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Skudai.
** Parking lot di belakang bangunan
** Available di aplikasi GrabFood, ShopeeFood dan FoodPanda (Dapo Mokcik Kopi Pokcik)
Duduk jauh tapi nak order juga? Boleh arrange runner:
www.wasap.my/60187651844/nak+order
Baca juga: Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik