Garrett Popcorn Shops Kini Dibuka Di AEON Mall Tebrau City

Foods Review

Garrett Popcorn Shops Kini Dibuka Di AEON Mall Tebrau City | Garrett Popcorn Shops dengan rasminya telah dibuka di AEON Mall Tebrau City! Yeay! Mesti Garrett Popcorn die hard fans melonjak gembira kan? Korang dah tak payah nak susah ke KL la kirim kawan la kalau nak makan Garrett Popcorn ni. Pergi je la beli sendiri puas hati hehehe.

100 orang peminat pertama telah berjaya mendapatkan Garrett Tote Bag dan Malaysia Mini Tin (dengan Chicago Mix) secara PERCUMA. Tahniah korang! Korang memang gigih la beratur panjang menunggu giliran.

Ummi pun tak ketinggalan ok hehehe. Ummi pernah cuba sekali sebelum ni, itu pun kirim kawan Ummi yang jadi Personal Shopper untuk belikan Garrett Popcorn ni. Memang sedap! Itu yang gigih nak grab lagi hehehe.

Ada pelbagai Garrett Popcorn flavours yang korang boleh cuba, antaranya ialah:

  • The Chicago MixCaramelCrisp
  • Macadamia CaramelCrips
  • Almond CaramelCrisp
  • CheeseCorn
  • Buttery
  • Plain

Garrett Popcorn Shops Kini Dibuka Di AEON Mall Tebrau City

Ummi snap sekali harga untuk setiap saiz pack. Nanti senanglah korang nak plan beli apa. Buat stok kat rumah sambil marathon movie ke K-Drama ke kat Netflix sambil kunyah Garrett Popcorn.

Ini packaging size yang ada. Diorang dah siap-siap display atas kaunter untuk korang compare size.

In case korang memang tak pernah cuba langsung makan Garrett Popcorn ni, korang boleh la minta tester. Diorang ada bagi juga tester. Rasa sikit mana yang berkenan ditekak. Buat jamah-jamah gitu. Jangan la rasa sampai satu box petite size tu ekekeke.

Ummi grab petite size Chicago Mix yang mana ianya adalah one of the fans favourite. Mixed of CaramelCrisp and CheeseCorn. Lagi satu Ummi grab small pack of CaramelCrisp.

Sebenarnya Ummi bukan datang seorang diri, Ummi ditemani oleh tiga orang dayang dan seorang panglima hehehe. Mana Babah dan abang-abang? Ohhh diorang ada program Survival In The Jungle anjuran IKRAM Junior Bandaraya Johor Bahru dan Pulai di UTM Skudai. Mama Ogy dan dayang-dayang grab 2 small size popcorn CaramelCrisp.

Paling Ummi suka sebenarnya yang CaramelCrisp. Tapi bila dah cuba Chicago Mix, ehhh sedap juga tau sebab ada rasa masin dan manis bergabung. Kata kawan Ummi yang Macadamia CaramelCrisp tu sedap, next time Ummi nak cubalah.

Korang yang nak cuba popcorn sedap ni boleh la ke sana ya. Tahniah buat Garrett Popcorn Malaysia yang telah berjaya menambah cawangan terbaru di Johor Bahru.

Gambar selebihnya boleh tengok di page Ummi:

GARRETT POPCORN SHOPS MALAYSIA

Lokasi: AEON Mall Tebrau City, Lot G119 (New Wing), 1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu Perniagaan: 10 pagi – 10 malam

Info dan promosi terkini boleh rujuk:

Website: https://www.garrettpopcorn.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY/

Instagram: https://instagram.com/garrettpopcorn_malaysia

Baca juga: Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!