Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Foods Review
Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru | Hai korang, Ummi sekeluarga baru saja mencuba menu di restoran terbaru ZAITUNA SEAFOOD yang menyajikan nasi arab dengan pelbagai makanan laut segar. Pemilik restoran ni adalah pemilik yang sama dengan Zaituna Restaurant tu. Restoran ni baru je beberapa hari dibuka.

Dari luar bangunan je dah nampak cantik, apa lagi bila melangkah masuk ke dalam restoran memang nampak kelassssss gitu. Hiasan dalaman restoran ni sangat menarik dan cantik di mata Ummi. Buka je pintu ada akuarium cantik, anak-anak apa lagi teruja sangat tengok ikan. Dekorasi dinding juga ada akuarium tau.

Sementara nak tunggu makanan sampai anak-anak boleh la tengok ikan-ikan comel dalam akuarium cantik tu . Emak-emak pun boleh la posing cun² sebelah akuarium. Tapi Ummi Ilhams tak dapat nak posing cun² sebab ada budak dengki tu ha. Hancur harapan mak kau! This is not cool ok hahahaha.

Cantik kan? Ummi suka sangat tengok lampu tu, cantik betul. Jalan nak ke toilet pun cantik. Pendek kata seluruh kawasan restoran ni korang boleh berOOTD. Nak duduk atas kerusi boleh nak makan duduk bersila pun boleh. Ikut suka kome lah. Ok jom cerita pasal makanan pula.

Biasa kita makan Zaituna Restaurant dengan berlaukkan ayam atau kambing kan, kali ni kita layan nasi arab dengan seafood. Kita tengok macamana pergi dia hehehe. Jom tengok gambar makanan satu persatu biar air liur meleleh hehehe. Sambil taip ni pun Ummi dapat bayangkan rasanya.

MENU DI ZAITUNA SEAFOOD RESTAURANT

Antara makanan yang sedap kami cuba:

Sayadiya Rice & Kabsa Rice.
Kedua-dua jenis nasi ni sedap ok. Ummi jamah la sikit walaupun Ummi tengah puasa nasi hehehe.

Creamy Seafood & Seafood Soup.
Sup ni pun sedap, sebelah kiri creamy yummy dan yang kanan rasa rempah-rempah.

Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Lobster Local
Lobster ni sedap woihhhh! Serious isinya tu fresh sangat. Rasa cheese bersama rempah bergambung dalam mulut. Memang sedap!

Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Ikan Siakap (Grill)

Ikan siakap grill ni pun sedap, makan sekali dengan capsicum tu. Boleh juga perah lemon.

Udang Galah
Udang galah ni manis betul isinya. Penuh pulak tu isinya tau. Ngam dengan masakan yng creamy.

Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Fish Fillet Sandwich
Fish Fillet Sandwuch ni sedap sesangat. Isi ikan tu crunchy, tortilla pun rangup bila cicah dengan mayonis memang padu rasa dia.

Kunafa & Baklava ada tak? Of course ada cuma kena order. Setakat ni dia tak ada display baklava bertingkat² macam di Zaituna Restaurant tu yang korang boleh pick sendiri. Dah sampai Zaituna ni tak sah lah kalau tak makan kunafa dan baklava tu kan. Ya ampun sedap! Abang Ilham request kunafa seketul lagi. Air kami order fresh orange, iced lemon tea dan ais kosong. Banyak lagi pilihan air dan makanan yang korang boleh cuba. Setakat yang kami cuba semua menu di atas memang sedap weh. Ya, tak tipu! Masakan seafood Arabian style.

“LIVE SEAFOOD” DI ZAITUNA SEAFOOD RESTAURANT JOHOR BAHRU

Seafood memang hidup-hidup lagi dari akuarium. Ada ikan siakap, ketam nipah, lobster, tiram dan udang galah. Manis dan segar isinya. Korang pilih je nak menu mana, nanti chef cekut le seafood tu dari akuarium hehehe. Pak Arab ni semua ramah tamah.

Nikmati Sajian Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood Restaurant Johor Bahru

Korang kena cuba ok! Masakan seafood Arabian style yang sedap dengan harga yang berpatutan. Lokasi Zaituna Seafood ni tak jauh dari Zaituna Restaurant, selang beberapa buah kedai je. Senang nak cari masih dalam jalan dan kawasan yang sama di Taman Tasek.

Jom tengok gambar-gambar lain di page herneenazirdotcom

Try first and thank me later! ??

ZAITUNA SEAFOOD RESTAURANT

Alamat: 61 Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Perniagaan: 11 pagi – 11 malam

Telefon: 07-213 3577

Website: http://www.zaituna.my/

Facebook: Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

Instagram: https://instagram.com/zaituna_seafood

Baca juga:

Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!