Makan Buffet Lunch Serendah RM38 di GBW Hotel Johor Bahru

Foods Review

Makan Buffet Lunch Serendah RM38 di GBW Hotel Johor Bahru | Alhamdulillah. Weekend well spent with my small family. Kenyang perut lima beranak. Lemak Ummi ko tak masak dua hari. Semalam busy layan Garrett Popcorn, balik rumah anak-anak nak makan KFC. Memang tak masak la hehe.

Musim cuti sekolah ni kalau emak-emak nak cuti masak, gantung kuali apa salahnya kan. Ayah-ayah bolehlah keluar sikit bajet belanja isteri dan anak-anak tersayang makan buffet lunch di GBW Hotel.

Pada Ummi harganya berpatutan. Korang boleh makan sampai kenyang dari jam 12 temga

Pelbagai juadah dan masakan warisan “Resepi Warisan Meldrum” disediakan untuk menjamu selera.

Macam-macam adooooo. Terpaling laris kat meja kami Kambing Masak Hitam dan Kuey Tiaw Goreng. Berapa kali la diorang repeat tadi hehehe. Ada juga nasi ayam, bubur nasi, rojak buah, tempura sayur, sushi, kerabu mangga, kerabu taugeh, ikan bawal sweet sour dan banyak lagi.

Pelbagai pilihan air sejuk dan panas. Babah sempat juga buat ABC tadi. Siap ada durian paste, sedap!

Desert pun meriah ok. Ada beraneka buah-buahan, kek, kuih Melayu tradisional, bubur pulut hitam dan banyak lagi. Kalau nak tengok gambar desert lagi korang tengok di page Ummi di link di bawah. Confirm meleleh air liur hehehe.

Makan Buffet Lunch Serendah RM38 di GBW Hotel Johor Bahru

Kalau nak celebrate birthday pun boleh tau. Stage disediakan PERCUMA. Untuk tempahan Dewasa 15 pax ke atas akan menerima sebiji kek (1/2kg).

Tempah sekarang!!

Banyak lagi gambar boleh tengok di page Ummi:

Buffet Lunch “Resepi Warisan Meldrum” di GBW Hotel Johor Bahru

HARGA BARU!!! WAJAH BARU!!!

Promosi buffet lunch : 1 Disember 2022 sehingga 31 Januari 2023.

Harga : RM38.00 bersih untuk Dewasa & Kanak-kanak (6 – 12 tahun)/ Warga Emas (60 Tahun dan ke atas) berharga RM27.00 bersih.

Tempahan sebanyak 15 pax (Dewasa) dan ke atas akan menerima :-

1 x kek 1/2KG.
Pentas PERCUMA

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami :
? ?????://??????.??/????????
? Mr. Syahmi : +6016 710 0048
? Ms. Aiza : +6016 723 3558
? Ms. Urfa : +6016 710 0073

#buffetlunch #foodhunting #foodies #lunch #buffetlunchmurah #johor #hotel #jb #johorbahru #GBWHotel #JDTBlogger #bloggerjohor #herneenazirdotcom

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!