Laptop Pink Acer Swift 3 In The House! | Dah lama Ummi berhajat nak beli laptop baru memandang laptop Acer lama dan netbook Dell pink dah lama menemui ajal. PC Babah pun dah jadi PC anak-anak main game, jadi dapat rezeki sikit Ummi pejam mata beli laptop baru. Niat hati nak reward diri sendiri, tapi cakap kat Babah senang kalau budak-budak PdPR lagi ekekeke. Mula-mula plan dan survey online nak beli Dell, ehhh tiber nak Asus pulak memang tak terfikir nak beli Acer.

Sekali Ummi survey le kat AEON Bukit Indah, ternampak pula Cik Pinky ni menayang diri kat kedai Style Vision tu. Aduhaiiii tak keruan terus. Tengok spec nya macam ok. Snap gambar send la ke geng-geng mat gadget para penasihat kalau nak beli gadget hahaha. Send juga kat Babah. Babah kata ok, harga pun masih dalam bajet. Tapi Ummi amsih menanti geng-geng mat gadget punya pendapat. So Ummi hold dulu. Esoknya dah dapat nasihat mat gadget baru Ummi ke kedai tu semula. Tapi itu pun masih fikir-fikir lagi. Diorang tak prefer Acer tapi tengok spec ok untuk home use boleh la kata mereka hahaha. Diorang hasut Ummi ambil Macbook tambah sikit je lagi dapat sebijik Macbook Rose Gold yang kiut gila macam Kak Leen. Tapi Ummi tak berapa reti lah nak guna Macbook hahaha. Kampungan sangat gayanya.

So setelah puas berpusing kedai, berfikir dan malas nak jengah kedai-kedai lain Ummi pun belilah Laptop Pink Acer Swift 3 ni. Welcome home Cik Pinky. Anak-anak duk soal kenapa pilih warna ni? hahaha. Ko mamcam tak kenal je Ummi ko yang gila pink ni hahaha. Ummi bukan sekadar tengok warna tau (walaupun dalam hati memang seboleh-boleh nak cari pink hahaha). Alhamdulillah specnya ok la untuk home/ personal use. Ummi bukan kaki game pun, nak cari yang high spec sangat. Ummi nak guna untuk blogging je sambil anak-anak tumpang sekaki.
Laptop Pink Acer Swift 3 In The House!
Ada tiga warna silver, baby blue ke turqoise gitu la dan dark pink/ dazzling red pink. Macam biasalah pepaham je la warna apa yang menarik minat Ummi Ilhams hahaha.


Menanti salesman setting laptop baru Ummi. So far customer service kat sini ok. Ada la dapat gifts sikit dan pembelian laptop Acer ni melayakkan Ummi redeem Acer Thin & Light USB Wireless Mouse secara online. Nak redeem Touch & Go E-Wallet tapi dah fully redeemed.
ACER SWIFT 3 (SF314-511-504D) SPECIFICATION



Swift 3 (SF314-511-504D)
(Intel®)
Perform at your very best with the lightweight Swift 3, designed on the Intel® Evo™ platform for an exceptional experience anywhere. Twinned with enduring battery life, be supported, empowered, and do it all while you’re on the move. Never slow down.
The Swift 3’s color-variable1 all-metal sleek chassis weighs 1.2 kg1, at its sleekest measures up to 15.9 mm1, and don’t forget the understated effective lifting hinge, helping to keep your device cool in every sense of the word.
For serious dependability, the Swift 3 gives up to 18 hours of use after a full charge3 and 4 hours of use after 30 minutes of charge3. Need more dependability? A switched-off Swift 3 can charge an external device via its USB Type-A.
NX.ACTSM.002
Windows 11 Home
Intel® Core™ i5-1135G7 processor Quad-core 2.40 GHz
Intel® Iris Xe Graphics shared memory
35.6 cm (14″) Full HD (1920 x 1080) 16:9
8 GB, LPDDR4X
512 GB SSD
Info lanjut: https://www.acer.com/ac/en/MY/content/series/swift3sf314511
Korang yang nak cari laptop, boleh la ke Style Vision ni ya. Banyak juga pilihan, insha Allah salesman nya membantu. Kalau ada kawan yang mat gadget bawa sekali untuk bantu bertanya ekekeke. Doakan Ummi Ilhams lebih rajin mengupdate blog bersama Cik Pinky lepas ni ya hehehe. Kalau tak update juga sila ngadu dengan Babah Ilhams hahaha.

Style Vision Sdn. Bhd. @AEON Bukit Indah
Address: S53, AEON Bukit Indah Shopping Centre, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-232 9511
Operation Hours: 10am – 10pm
950 total views, 1 views today
Fiyooooo pinky wooo, lebih bersemangat lee menaip blog yekkkk…
hahaha harap begitulah sis. kalau tak rajin jugak mendapat la ceramah ekekeke
nasib baik takde yang jenis pinky macam lanyard ko tu ek..kalau tak mesti dah beli warna tu kan..hahaahhaha..i punya laptop gaming, tapi takde pun main game.Laki yang dok sbuk ni dulu.bini ye kan je janji boleh tumpang sekaki hahaha
hahaha ada kaler tu dell tak silap harga over budget hahaha. yang macbook pun harga over budget hahaha. mak is kedekut.