Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru | Cerita anak beranak di petang Rabu. Awal-awal Ummi dah plan nak ajak Babah, The Ilhams dan Mak Wee makan nasi Arab di Zaituna ni. Kami anak beranak ni memang penggemar nasi arab. Ini kali pertama kami makan di Zaituna Restaurant مطعم زيتونة ni tau hehe. Sebelum ni kami ada cuba nasi Arab di restoran lain.

Ok kami pilih tempat duduk bersila syok sikit hehehe. Dua orang team Ummi dan dua orang lagi team Babah. Yang team Babah tu biasalah Mak Wee dan anak buah kesayangan dia Syamil mana boleh dipisahkan. Diorang berdua ni memang BFF ok. Jangan la korang berani kacau Syamil tu. Mak Wee tukang bela dia tau. Ok back to the topic hehehe.

Menu Menarik di Zaituna Restaurant

Rice (Family Set) Dulang Offer (2 lamb & 2 chicken) – RM65

Oleh kerana nak makan untuk 6 orang, jadi Ummi ambil set family dulang. Dalam set tu ada 3 jenis nasi arab, nasi mandy, maklouba dan kabsa bersama 2 ketul ayam dan 2 ketul kambing. All in one. Senang dapat rasa semua jenis nasi. Bijakkan Ummi? ekekeke.

Pizza Salami

Ummi order juga Pizza Salami. Ehhh sedap betul pizzanya tau. Sangat cheesy o. Berebut diorang makan panas-panas.

Creamy Mushroom Soup – RM6

Not bad. Sedap dan sangat creamy.

Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Half Grilled Chicken – RM18

Ayam yang diperap dengan bawang putih, lemon, sos minyak zaitun dan rempah ratus istimewa. Dihidangkan juga dengan kentang goreng.

Pergi makan menu Timur Tengah ni tak sah la kalau tak mencuba Kunafa dan Baklava kan. Ok seriously Kunafa kat sini sedap. Tak payah susah-susah beratur panjang nak dapatkan Kunafa Viral KL tu, kat JB pun ada kunafa sedap hehe. Dulu Ummi tak suka tau cuba dan tak nak cuba. Bila dah cuba ohhhh sedap rupanya.

Kunafa – RM9

Baklava 1pc – RM2/RM3

Kalau korang ke sini, mesti rambang mata nak pilih Baklava. Baklava kat sini memang meriah tinggi menggunung hehehe. Yang pastinya sedap-sedap belaka. Harga pun berpatutan. Tak terlalu manis, sesedap rasa la gitu. Next time Ummi nak cuba order Um Ali. Air kami minum air ice lemon tea je. Mak Wee pilih Hershey Chocolamour milkshake gitu. Syamil macam biasa dengan ‘sky juice’ dia tu hehehe. Ummi siap tapau bawak balik ok. Tapaukan Tok Ayah sebungkus nasi mandy chicken, kemain laju Tok Ayah makan licin weh.

Mereka yang tersandar kekenyangan hehehe. Overall kami sangat puas hati. Ummi suka betul baklava dan kunafa kat sini. Abang Ilham macam biasalah bertambah-tambah lagi la ada lamb kan. Ummi recommend korang makan kat sini ok.

Makan Malam Nasi Arab Sedap di Zaituna Restaurant Johor Bahru

Dekorasi & Hiasan Dalam Yang Menarik

Dekorasi hiasan dalaman Zaituna Restaurant ni pun sangat cantik dan menarik. Rasa macam kat Tanah Arab lah kat luar ada fadang fasirrrr. Ruang luas dan selesa sesuai untuk seisi keluarga. Ruang solat juga disediakan. Kalau korang nak sambut birthday atau anniversary pun boleh. Dengar cerita kawan-kawan kalau celebrate birthday kat sini meriah. DIorang siap nyanyi dan bergendang. Nak potong kek pakai pedang samurai. Ummi tengok video di facebook Zaituna pun memang namak meriah gila. Nanti kita celebrate birthday family kat sini lah.

Sebelum keluar dari Zaituna Restaurant, Ummi tersedar ada yang menegur Ummi. Alhamdulillah jumpa kawan lama, ex-PTP staff, Cik Jah. Jah ni unimate Ummi juga sama-sama di UiTM London Lendu. Lama tau tak jumpa sejak dia resigned. Mudah-mudahan ada rezeki kita jumpa lagi ya.

Banyak lagi gambar korang boleh tengok di facebook page Ummi ya.

Korang boleh juga download Zaituna Restaurant App untuk menempah menu pilihan. Mudah betulkan siap ada apps lagi. Kau hadoooo? hehehe.a

Korang yang belum cuba kat sini sila cuba ok. Kat sini sentiasa full house jadi korang kena book awal ok. Kalau tidak memang korang kena menunggu la. Tapi yang bestnya order makanan cepat gila sampai tau. So apa lagi cuba sekarang!

Lokasi Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant The Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru!

Alamat: 27 Jalan Glasiar, Taman Tasek, Johor Bahru, Johor.

Google Map : 

Waktu perniagaan: 11.00am – 11.00pm

Telefon: 07-213 3577

Website: http://www.zaituna.my/

Facebook: https://www.facebook.com/zaitunajb

Instagram: https://instagram.com/zaituna_resaurant_jb

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

2 Comments

  1. Kalau Fisah pergi ni dok kumpul baklava dengan kunafa je penuh meja. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *