Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru

Rambling
Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru

Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru | Jom ajak kawan dan keluarga menjamu selera di Thistle Johor Bahru menikmati hidangan Sea & Grill Buffet Dinner di hujung minggu. Umi dah makan semua yang dihidangkan, alhamdulillah sedap weh. Rasa nak repeat lagi bawa Babah dan The Ilham.

Pelbagai sajian masakan tempatan dan antarabangsa, hidangan pembuka selera, seafood on ice, barbeque dan banyak lagi. Macam nak meletup perut Umi makan kat sini tau. Semua sedap belaka. Korang kena cuba ok!

Siapa la yang tak suka makan barbeque kan. Memang favourite Ummi tu. Kena pulak black pepper sauce nya sedap. Memang ngam lah. Perapan chicken wings pun sedap. Kalau korang minat shellout pun ada juga tau.

Satu lagi favourite Ummi nasi beriyani dengan kari kambing. Nasi beriyani tu kan lembut gila. Makan sekali dengan lauk udang nestum dan ketam sambal tu sedap gila. Memang boleh buat bertambah-tambah ui.

Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru

Dessert pun tak kurang hebatnya dan banyak pilihan. Ummi bedal marshmallow banyak pulak sebab coklatnya sedap sangat hehehe. Korang cubalah sendiri ya. Buat tempahan tiga hari lebih awal ok.

Banyak lagi gambar korang boleh view kat page Ummi ya.

SEA & GRILL BUFFET DINNER

1 Ogos – 30 September 2022
Jumaat & Sabtu | 6.30pm – 10pm

HARGA SEA & GRILL BUFFET DINNER

Dewasa – RM80 nett
Kanak-kanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)- RM45 nett

Menu: https://tinyurl.com/TJBSeafoodBuffet

Untuk tempahan, sila hubungi:

?

07-267 8999

?

www.wasap.my/60127892092/HN-seagrillbuffetdinner

? fnbcoordinator.jb@thistle.com.my

‼️ Tempahan awal 3 hari diperlukan.

#seaandgrillbuffetdinner #thistlejohorbahru #buffetdinner #resortinthecity #glass #foodhunter #foodreview #johorfoodie #BBQ #bloggerjohor #JDTBlogger #herneenazirdotcom

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!