Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah

Foods Review
Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah

Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah | Bubur Ayam KonGee Terpaling Sedap! Sekali EAT Pasti RepEAT! Haaaaa.. kemain lagi tagline dia kan. Buat kita tertarik nak mencuba.

Cerita hari Jumaat, balik kerja terus ke stall Bubur Ayam KonGee (baca: kon-ji) Taman Nusa Bayu. Hajat hati of courselah nak tapau makanan. Umi tak pastilah Umi kepenatan atau kemalasan nak masak. Kebetulan hari Jumaat tu Babah nak ke stadium sebab ada game JDT vs Penang. Jadi makin bertambah-tambah malas la Ummi nak masak hahaha.

Oleh kerana baru first time cuba kat sini, Umi pun blur kejap nak makan apa. Belek-belek apa yang sedap nak dimakan, akhirnya Umi pilih Bubur Ayam Bakso, Sotong King Gunting dan Sosej Jumbo Gunting.

Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah

Selalu korang makan bubur ayam saja kan, kali ni bubur ayam ni siap ada bakso. Sedap! Kena dengan tekak Umi hehehe. Sedap rasa buburnya, kena pula ada sambal kicap. Ngam!

Umi beli Sotong King Gunting dan Sosej Jumbo Gunting favourite Abang Ilham dan Syamil. Umi pun memang suka sotong king gunting tu.

Bubur Ayam KonGee Terpaling Sedap! Sekali EAT Pasti RepEAT!

Ada juga menu lain tau. Ada ayam goreng, ayam gunting dan lain-lain lagi. Menu terbaru bakal menyusul tak lama lagi, Corndog Gochujang Spicy Korea. Mesti sedap ni kan. Favourite Abang Ilham tu. Tak sabar nak cuba.

Kalau korang ke sini nantu boleh la jumpa Abang Zul ni. Peramah orangnya melayan customer.

Korang yang nak cuba boleh terus ke stall di Taman Nusa Bayu atau ke cawangan baru di Taman Gelang Emas, Gelang Patah.

Harga macam kat bawah ni ya:

Sotong King Gunting RM15
Ayam Jumbo Gunting RM15
Ayam Poket
~ 3 pcs RM5
~ 6 pcs RM10
Sosej Jumbo Cheese (Sosej Gunting) RM6

Add on cheese RM1

Bubur Ayam Special RM12 sebekas
Bubur Ayam Bakso RM8 sebekas
Bubur Ayam Biasa (Pedas/ Extra Pedas)
~ Kecil RM4
~ Besar RM5
Ayam Goreng
~ Peha RM5
~ Tight RM5
~ Kepak RM4

Tempahan boleh dibuat menggunakan aplikasi Foodpanda.

Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah

BUBUR AYAM KONGEE

Lokasi: Taman Nusa Bayu, Gelang Patah (Berhadapan dengan MyDobi & Craft Salon)

CAWANGAN TERBARU:
Lokasi: Taman Gelang Emas, Gelang Patah (Berhadapan dengan Restoran Periuk Kampung)

Sebarang tempahan, sila hubungi:
014-244 8099

Instagram:  @buburayamkongee

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Mencuba Bubur Ayam KonGee Taman Nusa Bayu Gelang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!