Home » Berbuka Puasa Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort

Berbuka Puasa Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort

Berbuka Puasa Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort

Berbuka Puasa Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort | Berbuka puasa 4 Ramadan 1443H ~ Kali ni kita buka puasa dengan semua keempat-empat boyfriend kita.

Cinta 4 penjuru gituuuu.

Menu berbuka puasa Bufet ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Terdapat lebih daripada 20 gerai yang menyajikan lebih 150 hidangan sepanjang bulan Ramadan. Korang kena cuba Nasi Arab 28 Hari bersama Kari Kambing 28 hari, Asam Pedas Johor, Sup Sup Tulang Merah, Gulai Tempoyak, Ikan Patin Tempoyak, Murtabak, Roti John, Oden, Kambing Golek, Tandoori Chicken, Honey Chicken, Beef Slices, Serawa Durian, dan banyak lagi.

Alhamdulillah meriah makanan. Macam biasa menu yang dicari kat sini of courselah Sup Tulang Merah. Makan cicah dengan roti perancis. Abang Ilham kemain repeat sup tulang merah.

Lagi satu favourite beliau ikan patin tempoyak. Memang sedap. Dia makan juga Oden Ala Pulai. Terpaling favourite dia dan Abang Syamil, makan baby crab celup tepung. Dah nak hujung pun dia syok menambah.

Babah? Nampak gaya semua dia makan sedap. BBQ Lamb dan honey chicken pun sedap. Serawa durian pun sedap. Abang Syamil, Syahid syok makan aiskrim, Ummi makan aiskrim Malaysia la apa lagi hehe. Ulang banyak kali cakap sedap nanti korang bosan. Tak percaya pergilah cuba sendiri

Aneka dessert. Serawa durian tu sedap. Pekat likat.

Ada juga Aiskrim Malaysia. Boleh la fefeeling zaman kanak-kanak dulu hehe. Budak kecil sebelah tu tengah syok makan aiskrim. Tapi sempat bagi tunjuk peace hahaha.

Surau lelaki dan perempuan disediakan di main entrance.

Gambar selebihnya, tengok kat page:

Bufet ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Gleneagles Terrace Restaurant
4 April – 1 May 2022
7pm – 9.30pm

𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡:
WhatsApp: 016-733 2918 or 016-733 2919
WhatsApp Direct Link: https://wa.link/6yn7p5 / https://wa.link/u7rilp.

𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀:
(Tarikh makan 4 – 10 April 2022)
RM 99.00 nett (dewasa)
RM 55.00 nett (kanak-kanak – 4 hingga 12 tahun)
* 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝑺𝑺𝑻

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀:
RM 110.00 nett (dewasa)
RM 60.00 nett (kanak-kanak – 4 – 12 tahun)
* Bayar 10 dewasa, 1 dewasa makan percuma
(tidak boleh bergabung dengan mana-mana promosi lain)

Buffet Ramadhan 2022 di Johor Bahru

 1,570 total views,  1 views today

Related Posts

One thought on “Berbuka Puasa Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!