Berbuka Puasa Dari Dapur Bonda Trove Johor Bahru | Buka puasa 5 Ramadan 1443H ~ Hari ni semua boyfriend masih ikut Ummi, kita berbuka puasa di Trove. Last untuk minggu ni, seram pulak Ummi tak muat baju raya yang dah ada tu. Nanti terpaksa beli baju raya baru ehhhhh. Perangai Ummi kau hahaha.
Alhamdulillah, sahur dari dapur Ummi, berbuka puasa Dari Dapur Bonda TROVE Johor Bahru.
Lebih dari 200 hidangan warisan bakal disajikan sepanjang bulan Ramadan. Salah satunya adalah Sup Tulang Merah air tangan Bonda Timah yang berpengalaman dalam bidang masakan.
Menu lain yang korang mesti cuba, Kambing Golek, Ayam Percik, Nasi Kandar with Mamak Style Kari Ikan, Nasi Kerabu, Ayam Goreng Berempah, Ikan Keli Goreng Berempah, Perut Lembu Masak Lemak Nenas, Hati Ayam Masak Kicap, Laksa Johor, Seafood Bakar, Aneka Kerabu, Rojak, Bubur Kacang Durian, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi.
Babah makan nasi kandar dengan kari ikan mamak style. Komen beliau, sedap! Bila Ummi rasa kari ikan tu memang sedap dan ada satu rasa yang buat dia wow! Rempah dia tu memang sedap.Ummi makan nasi kerabu berlaukkan ikan keli goreng berempah dan hati ayam masak kicap. Oleh kerana excited nak makan gambar lupa snap. Nasib kau sedap nasi kerabu. Laksa Johor & kuah rojak buah pun sedap!
Abang Ilham makan seafood bakar, ikan siakap sweet sour, sup tulang merah repeat dua kali. Mantap kata dia. Ummi pun bedal dengan roti perancis. Abang Syamil makan lauk seafood bakar, kambing golek dan rendang ayam. Dia kata sedap! Banyak pilihan makanan ada juga durian goreng tau! Syahid? Makan keropok ikan dan aiskrim je. Diet mungkin.
Lepas makan jangan lupa posing2 anak beranak ya.
Gambar selebihnya di page Ummi:
Dari Dapur Bonda at Trove Johor Bahru
Tarikh: 8 – 28 April 2022
Masa: 7pm
Tempat: Lada & Clove Restaurant, Level 8
Surau disediakan di Level 7.
Harga:
Dewasa – RM98 nett
Warga Emas & Kanak-kanak – RM68 nett
Untuk tempahan, sila hubungi,
WhatsApp𝗟𝗶𝗻𝗱𝗮 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟭𝟵𝟭𝟳 https://wa.me/+60167231917
𝗦𝗶𝘁𝗶 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟳𝟭 𝟳𝟱𝟴𝟱 https://wa.me/+60167717585
𝗟𝗼𝗿𝗻𝗮 𝟬𝟭𝟵 𝟲𝟴𝟭 𝟮𝟭𝟲𝟵 https://wa.me/+60196812169
𝗝𝗮𝗻𝗲𝘁 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟵𝟬𝟬𝟯 https://wa.me/+60167239003
Buffet Ramadhan 2022 di Johor Bahru
Meriah buka puasa sini yaa, ada sup gearbox merah, dia punya bubur lambuk sedapkan…
aah ilham bertambah2 hehehe