Home » Buffet Ramadan Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Buffet Ramadan Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Sunway Hotel Big Box Serves Up Juadah Big Box Promising A Big Feast For Ramadan

Buffet Ramadan Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box | Sunway Hotel Big Box buat julung kalinya mempersembahkan menu berbuka puasa dengan lebih daripada 300 hidangan. Terdapat tiga menu berbeza mengikut giliran.

Nikmati Nasi Arab Kambing Nabawi yang sangat menyelerakan. Kambing Golek yang diperap dengan kurma Nabawi. Memang sedap uolls. Ada juga bubur lambuk, kue teow goreng dan sup gear box dan macam-macam lagi.

Selain itu korang juga mesti cuba Asam Pedas, Sambal Tempe Goreng dan Paru Berlado. Syok betul Ummi meratah sambal tempe goreng dan Paru Berlado tu. Sebelum balik tu sempat Ummi merasa asam pedas tu tau. Rasa tak complete pulak kalau tak rasa. Ohhhh memang mantap rasanya. Korang kena cuba sendiri ok.

Seafood on ice mana-mana pergi pun Ummi cari hehehe. Kali ni yang buat Ummi nak bertambah sebab ada octopus hehehe. Kalau la Abang Ilham ada konfem dia suka gila.

Peminat durian tempura akak durian goreng macam Ummi ni jangan lepaskan peluang makan durian tempura sampai kenyang ok. Berketul-ketul masuk perut Ummi. Untuk penyejuk tekak cubalah ABC Sunway Hotel Big Box. Sedap rasanya, mengimbau zaman minum ABC depan sekolah hehehe.

Aneka ulaman dan juga kerabu. Ummi suka kerabu mangga tu sedap!

Buffet Ramadan Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Aneka kuih tradisional seperti kuih denderam, kuih ketayap, lopes dan banyak lagi. Tak dilupakan kuih moden kek, agar-agar dan buah-buahan segar.

Korang boleh memilih untuk berbuka di dalam Pendas Cafe atau duduk santai bersebelahan infinity pool. Makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Syok wooo makan tepi kolam. Ada banyak gerai-gerai ala bazar korang boleh keluar masuk makan sampai kenyang. Nak tengok gambar-gambar lain korang boleh ke page Ummi ya. Nak harga jimat cepat-cepat book Early Birds Voucher.

JUADAH BIG BOX” di Sunway Hotel Big Box
📍 Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box
📅 5 April – 28 April 2022
🕡 6.30pm – 10.30pm

‼️ EARLY BIRD PRICE (sehingga 4 April)
RM108 (Dewasa)
RM54 (Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)

💸 HARGA BIASA
RM128 nett (Dewasa)
RM64 nett (Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)

Email: sbbh.enquiry@sunwayhotels.com
Tel: 07-5336653

Senarai Buffet Ramadan Sekitar Johor Bahru 2022

 1,601 total views,  1 views today

Related Posts

2 thoughts on “Buffet Ramadan Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!