Cerapan Anak Bulan Ramadan 1443H Bersama Johor Astronomy Club & Majlis Agama Islam Johor

Johor Astronomy Club (JAC) Ramadhan Al-Mubarak
Cerapan Anak Bulan Ramadan 1443H Bersama Johor Astronomy Club & Majlis Agama Islam Johor

Cerapan Anak Bulan Ramadan 1443H Bersama Johor Astronomy Club & Majlis Agama Islam Johor

Tarikh: 1 April 2022
Masa: 5pm – 7.30pm
Tempat: Taman Laut Awam, Pontian, Johor

Jom korang sama-sama memeriahkan aktiviti mencerap anak bulan Ramadan 1443H bersama Johor Astronomy Kelab dan Majlis Agama Islam Johor. Boleh bawa anak-anak sekali. Jangan lupa patuhi SOP ya.

Button Johor Astronomy Club (JAC) Limited Edition “I AM VACCINATED & BOOSTED” dan face mask astronomi (planet), akan diberikan secara PERCUMA pada event Cerapan ‘Baby Lunar’ nanti, stok tak banyak siapa cepat dia dapat ok!

See you there! Selamat berpuasa gaissss!

JOM FOLLOW – JOHOR ASTRONOMY CLUB (JAC)


Kaedah Penetapan Puasa

Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan “Rukyah” (Cerapan Hilal) dan “Hisab” (kiraan). Rukyah ditentukan melalui pencerapan di kesemua 29 tempat yang disenaraikan Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang). Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika mencerap.

Tempat Cerapan Anak Bulan di Malaysia

BilSenarai Tempat
(Perubahan/Tambahan Tempat) 
Negeri 
1Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan
2Pontian Kecil Johor
3Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah
4Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka 
5Tanjung Dumpil Sabah 
6Esplanade Luak, Miri Sarawak 
7Bukit Melawati, Kuala Selangor Selangor 
8Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong Perak 
9Pantai Acheh Pulau Pinang 
10Pemandangan Indah, Pulau Langkawi Kedah
11Bukit Besar, Kuala Terengganu Terengganu 
12Bukit Peraksi, Pasir Puteh Kelantan
13Bukit Tanjung Batu, Nenasi Pahang 
14Gunung Berincang, Cameron Highlands Pahang 
15Bukit Pelindung, Kuantan Pahang 
16Menara Alor Setar Kedah 
17Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan Labuan 
18Bukit Kemuning, Kemaman Terengganu
19Pulau Perhentian, Besut Terengganu
20Bukit Merang, Mukim Merang, Setiu Terengganu
21Teluk Bandung, Kuching Sarawak 
22Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai Kelantan 
24Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis 
26Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat Selangor 
27Tanjung Batu, Bintulu Sarawak 
28Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Wilayah Persekutuan Putrajaya 
29Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam Selangor

Kredit: https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1443H/ 2022M Bagi Seluruh Negeri Johor

Cerapan Anak Bulan Ramadan 1443H Bersama Johor Astronomy Club & Majlis Agama Islam Johor

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!