Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara

Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara

Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara

Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara | Cerita bulan Januari. Ummi perap dengan harapan menjadi sedap seperti asam pedas kambing terbang itu hahaha. Ini kali pertama kami makan kat sini. Sebelum ni rasa tak teruja nak singgah eventhough nama dia sangat unik. Kebetulan malam tu nak balik kampung dan Ummi tak masak, jadi singgah dinner dulu sebelum berangkat balik.

Ummi dan hero-hero yang kelaparan hahaha.

Dah macam cerita squid game tu ha hahaha. Si kecil tu abang pakai apa pun semua dia nak ikut.

Ummi dan Babah of course order set Asam Pedas Kambing Terbang. Satu set ni siap dengan nasi, ulam dan telur masin.

Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara

Ni semangkuk asam pedas kambing terbang. Kekonon order satu share. Sekali eh macam tak cukup pulak hahaha. Seriously sedap weh. Kambing dia tu kan tak ada bau hamis ke apa. Kekadang ada orang masak ada bau lagi kan. Rupanya specialnya asam pedas kambing terbang ni, kambingnya diperap dulu sebelum dimasak asam pedas. Rasa asam pedas tu memang sedap, pedas manjahhhh hehehe. Daging kambingnya empuk dan lembut.

Abang Ilham order set chicken burger siap ada french fries bersama sos cili dan sos blackpepper. Boleh tahan sedap.

Dinner di Restoran Asam Pedas Kambing Terbang Taman Nusantara

Syamil dan Syahid makan nasi putih dan ayam goreng bersama udang goreng tepung. Udang goreng tepung dia ni sedap, rangup gila. Bebudak ni semua suka. Air kami order sama teh ais, ice lemon tea.

So far puas hati makanan kat sini. Memang boleh repeat lagi dan boleh masuk dalam list Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah. Sejak dah rasa sedap tu Ummi dah repeat makan asam pedas kambing terbang lagi tapi order dari Halo Food Delivery hehehe. Korang kena cuba tau. Rasa sendiri sedap ke idok.

Korang yang nak mencuba bolehlah ke alamat di bawah ni ya:

RESTORAN ASAM PEDAS KAMBING TERBANG

Alamat:
No 56-01 Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah Johor.

017-744 3384(Hafiz) / 019-767 5589(Yan) / 07-509 9195(Office) hilhail.legacy@gmail.com

Waktu perniagaan: Isnin – Ahad (10.30am – 9.30pm)

Instagram – @asampedaskambingterbang

INSTAGRAM – @herneenazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *