Home » Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour | Ramadan tahun ini Fraser Place mempersembahkan menu berbuka puasa “Dari Dapur Fraser”. Menu istimewa buffet Ramadan pada tahun ini adalah Nasi Briyani Khabsah yang sangat membangkit selera dengan aroma tumisan Ayam Briyani.

Terdapat juga Gerai Kawah Melayu yang menghidangkan bubur lambuk, paru goreng berlado, telur puyuh masak sambal, gulai babat dengan nangka muda, kari kambing kentang, ikan siakap gulai cekur, sotong masak hitam, baked red snapper (ikan merah bakar) dan banyak lagi.

Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour

Turut disajikan beraneka jenis ulaman, kerabu, sambal dan acar. Korang nak makan ketupat palas, lemang pun ada tau. Paling special ada lemang periuk kera. Sedap sangat lembut je lemangnya dimakan dengan serunding daging.

Aneka Sambal

Aneka Kerabu

Aneka pencuci mulut.

Part ni best ada King of Fruits ok hehehe. Ada durian fresh dan sedap!

Ummi Ilham’s Favourite:

Kalau kat Fraser Place ni pilihan Ummi adalah baked red snapper sedap weh. Ummi repeat dua kali hehehe. Sedap sangat rasanya. Siap makan dengan lemang periuk kera. Next Ummi suka kambing golek pun sedap. Sotong masak hitam tu sedap weh rasa macam emak-emak punya masakan. Kerabu pun sedap. Lagi satu ikan siakap gulai cekur sedap betul rasanya. Lebih unik lagi adakerabu pedal. Ehhh chup ada lagi dua Ummi suka gulai babat dengan nangka muda dan paru berlado. Untuk dessert coklat cake sedap, jelly dan puding, kuih tart, biskut makmur pun sedap uolls.

Korang boleh tengok gambar-gambar lain di page Ummi ya. Jangan terkecur pulak hehehe.

Untuk tempahan boleh contact nombor di bawah ya. Cepat-cepat kalau nak beli 10 voucher korang boleh dapat 2 voucher PERCUMA. Grab cepat ok.

Ramadan Buffet Dari Dapur Fraser Place |

8 April – 1 Mei 2022
6.30pm – 10pm

Promosi Pembelian Awal (6 Mac- 31 Mac 2022)
Beli 10 PERCUMA 2

Harga Biasa – RM118+ seorang
Kanak-kanak/ Warga Emas – RM68+ seorang

Facebook: https://www.facebook.com/FraserPlacePuteriHarbour
Instagram: https://www.instagram.com/fraserplaceputeriharbour/

Fraser Place Puteri Harbour
Residensi & Hotel Marina,
Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri,
79100 Iskandar Puteri, Johor.

Tel : 07-530 8888

Untuk tempahan: www.wasap.my/60137786821

Senarai Buffet Ramadan Sekitar Johor Bahru 2022

 2,098 total views,  1 views today

Related Posts

4 thoughts on “Buffet Ramadan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!