Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

CSR Program

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula | Penutup tahun 2021 yang penuh cabaran suka dan duka bagi semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja cabaran pandemik COVID-19, kita juga diuji dengan musibah banjir pada akhir Disember lalu. Pengalaman yang sangata menyedihkan bagi rakyat Malaysia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Masing-masing sangat terkesan dengan ujian ini.

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai – kesusahan ekoran pandemik dan banjir.

RichWorks, syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan, memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

RichWorks juga antara yang terkesan dengan ujian banjir. Beliau juga berdepan dengan ujian di mana ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Kini keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. Tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

“Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021, boleh ditonton melalui video di bawah:

Kenali RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Jom sama-sama kita doakan semoga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga RichWorks terus maju dan terus mengharumkan nama usahawan-usahawan tanah air. Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Baca juga: 5 Hotel Menarik Untuk Staycation di Sekitar Kuala Lumpur

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!