Bersantai di Pantai Arked D’Punggai Pengerang | Sambungan dari cerita kami ke Desaru. Lepas dari lunch di rumah Nenek Saqeef Taman Bayu Damai, kami terus ke Pantai Arked D’Punggai. Seingat Ummi ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama, dengan Mommy Ngah dan family Aqil & Ariq. Cuaca agak tak berapa memberansangkan, huja renyai-renyai tengahari tu. Untuk tak menghampakan Ummi yang memerlukan ‘vitamin sea’ jadi ini je pantai awam paling mudah untuk disinggah dan berdekatan dengan rumah Nenek Saqeef.
Nak masuk sini hanya perlu bayar duit parking je RM5 sekali masuk. Kat bawah tu nanti Ummi ada kongsikan kadar bayaran untuk setiap jenis kenderaan. Kalau nak berkhemah dan buat BBQ pun boleh tau. Masa kami sampai orang tak ramai. Memang rasa lega sesangat. Plan pun tak lama nak bersantai.
Baca juga: Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast
Masing-masing macam terlepas kandang bila nampak laut. Kami tak bercadang nak mandi-manda memandangkan dah terasa kepenatan, Ummi malas nak kumbah semula baju-baju hehehe. Cukuplah dapat ambil angin dan main pasir sekejap. Itu pun dah memada’i.
Bila ingat balik gambar ni rasa nak gelak. Ummi snap gambar Babah, nampak kaki Babah kemain panjang dan slim je. Bila Babah snap gambar Ummi, Ummi komplen kenapa kaki Ummi tak nampak panjang macam kaki Babah. Macam tak sedardiri pulak Ummi ni ek, dah kemetot tu hahaha. Gigih nak posing macam Babah tapi tak berjaya.
Tiga Abdul (Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub), belakang tu ayahanda diorang Ismet Ulam Raja sedang memerhati anak-anak hahahaha.
Bersantai di Pantai Arked D’Punggai Pengerang
Buai juga jadi mangsa posing bergilir-gilir anak beranak hahaha.
Duduk berehat sekejap di pondok yang disediakan. Duduk sekejap je tak perlu bayar. Kalau nak guna sehari sila bayar ok. Kawasan pantai awam ni tak lah banyak daya penarik pun. Ada gerai jualan dan ada kandang rusa.
Sukalah tiga Abdul ni dapat tengok rusa dalam kandang. Tak dapat pergi zoo dapat tengok rusa empat ekor pun ok hehehe. Sudahnya tak nak baik pulak dah syok tengok rusa. Lepas dah tengok rusa, kami pun pulang ke pangkal jalan hehehe. Insha Allah panjang umur boleh jalan-jalan dan berkelah kat sini lagi.
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PANTAI ARKED D’PUNGGAI
Gerai jualan makanan. Masa kami datang ada peniaga ni je.
Pondok rehat.
Tempat BBQ di antara pondok rehat.
Tandas awam.
Tapak perkhemahan.
Untuk kadar bayaran boleh rujuk di bawah ni ya. Kot lah ada yang berminat nak berkelah, berkhemah atau buat event family day etc boleh la contact nombor kat bawah tu ya untuk dapatkan infor lanjut atau booking tempat.
KADAR BAYARAN SEHARI PANTAI ARKED D’PUNGGAI
Kereta/ Van (sekali masuk) – RM5
Bas (sekali masuk) – RM100
Motorsikal (sekali masuk) – RM2
Tapak Perkhemahan (1 hari) – RM25
Pondok Rehat (1 hari) – RM15
Tempat BBQ – 25
Tel: 012-711 6048 atau 019-754 6048
Baca juga: Penginapan 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang
Jom LIKE Page HERNEENAZIRDOTCOM