Riadah Petang Di Sireh Park | Lama nampak perap gambar hahaha. Ini cerita 22 Mac, ada la perap dalam 3 minggu haha. Babah busy memancing masa ni, Ummi, The Ilhams dan Mommy Ngah beriadah di Sireh Park. Port favourite anak beranak buat masa ni. Sebelum ke sini, budak berdua ni kata dia lapar, Ummi bawa je lah bekal ayam yellow lauk kami hari tu. Sampai je pondok kami berkelah sekejap sambil tengok orang bagi makan ikan kat tasik hehe. Ni nak jogging ke nak berkelah pun tak tahu lah. Ummi layankan je janji diorang diam tak ajak balik hehehe.
Ummi memang dah standby sesiap SSC. Sebab Ummi yaki budak ni tak nak jalan sendiri. Ummi memang konfiden Ummi tak boleh jogging jadi kita hiking je la ya. Bunyi hiking macam handal kahkahkah. Panjat bukit je.
On your mark.. get set go!
Baru nak naik bukit pertama. Walaupun tak tinggi mana, semput mak nak sambil gendong baby tua tu.
Ok done satu bukit hahaha. Baby tua kat belakang tu senang hati nyanyi lagu Perfect ok.
Ok bukit kedua di terjah. Abang Iham muka dah penyek kepenatan haha.
Masa bukit ketiga ni dia dah bebel.
“Bila nak sampai ni.. sakit hati ilham.. dah la banyak batu gergasi”
Hahaha gelak besar Ummi dengar. Batu gergasi kata dia. Adoii bukitlah bang.
Dia bengkek je Ummi asyik ajak bergambar.
Ok kat bukit ni dapat menikmati pemandangan lebih jelas kawasan Bukit Indah. Sekali ada suara berbunyi.
“Ehhhh.. Ummi ada JUSCO” hahaha korang bab itu korang nampak jelas ya.
Naik Basikal di Sireh Park
Lepas naik bukit keempat, dah terasa kereta nun jauh di sana. The Ilhams stay tepi jalan dengan Mommy Ngah, Ummi naik O Bike ke kereta. Kisahnya bukit keempat tak sempat ditawan sebab Abang Ilham dah tak larat penat hahaha.
First time naik O Bike, kena download dulu apps nya ya. Boleh cari di Google Play Store. Bila dah download, kena register dulu. Lepas tu scan QR Code untuk releasekan kunci basikal tu.
Sempat jek nak selfiekan hahaha. Mengayuh basikal le Ummi sekejap sampai ke parking lot. Lepas guna O Bike ni sila parking di kawasan yang disediakan dan log out dari apps ya.
Itulah cerita riadah kami anak beranak. Minggu lepas kita tak jogging, minggu ni kita selit masa sikit walaupun jadual aktiviti Ummi dah bersusun. Ecehhhh.. acah-acah busy! Okbai!
AKTIVITI TERBARU DI SIREH PARK
Food Trucks
Camping
Glamping – Canopy Villa Sireh Park
Big Screen (Untuk perlawanan bola sepak JDT)
Kayak
ATV
Spice Garden
LOKASI SIREH PARK
Info terkini aktiviti di Sireh Park >> https://www.facebook.com/sirehpark.official
Riadah Petang Di Sireh Park.
rajin ummi ilham ni beriadah.. teruskan usaha demi kesihatan..
JanjiKita
hehehe kalau tak timbang meletop hahaha
Pingback: Sireh Park Pre-Virtual Walk #SBF2018 | 6 Oct 2018 - herneenazir.com
Pingback: Geng Hiking Sireh Park Iskandar Puteri - herneenazir.com