Watercolour Painting – Kuih Tradisional Malaysia | Alhamdulillah hasil kelas minggu lepas bersama Teacher Farah Latifi dapatlah juga Ummi mencuba bakat melukis kuih tradisional Malaysia menggunakan watercolour. Tetiba terjebak buat food illustration art hehe. Sebelum ni ada la cuba tapi tak confident nak meneruskan takut tak jadi rupa makanan hahaha. Bila buat sama-sama dan gunakan teknik yang diajar alhamdulillah berhasil la juga walau tak betul-betul mirip. Seni itu subjektif kan. Ayat sedapkan hati sendiri hahaha.
Setiap hari Ahad adalah hari “Art Therapy” Ummi. Even kalau tak ada online class pun Ummi akak curi sikit masa untuk doodling or painting. Simple pun jadilah. Kata orang macam buat jamah-jamah pegang brush or pen gitu hahaha. Inilah caranya Ummi release segala stress and negativity. Ini cara Ummi menjaga emosi. Working from home with kids ni cabaran dia lain, nak melayan PdPR abang-abang lagi kan. So, Ummi kena sentiasa bertenang. Melukis satu terapi yang tak semua orang boleh merasainya.
Watercolour Painting – Kuih Tradisional Malaysia
Alhamdulillah siap menu minum petang. Tak sangka boleh siap masak 5 jenis kuih dalam masa sejam hahaha, Dalam mimpi je la kan. Ummi buat kuih atas kertas je. Kalau nak buat lima jenis ni mahu berjam-jam duduk dapur. Maklumlah kita tak ada Thermomix TM6 ekekeke. Gurau je.
Paper: Arto Watercolour Painting Pad A5 (Cold Press 200gsm)
Watercolour: Alpha Artists Watercolour
Brush: Aquafine
Ini versi scan dan Ummi jadikan soft copy. Atas tu Ummi selit sikit info berkenaan peralatan yang Ummi gunakan. Teknik basic “wet on wet” dan “wet on dry”. Lepas tu Ummi touch up sikit. Kira halal la tu ek dengan keria yang multi-size ada kecil ada besar hahaha. Kuih koci tu santan habis jadi tak ada bayang putih-putih santan ekekeke. Ok la for the first time kan. Malamnya Ummi try buat a cup of caffe latte yang Ummi post dalam entri semalam.
Oklah, till then, Ummi nak bersiap-siap untuk ke HSA bawa hero special jumpa dentist. Stay safe everyone!
Baca juga: Loose Floral Arts – Practice Makes Perfect
Jom follow instagram himpunan Hernee Nazir’s Arts – @doodlebyherneenazir