Happy Monday!

Happy Monday!

Happy Monday!

May your COFFEE be strong & your MONDAY be short.

Happy Monday! Monday blues? No more! hehehe. Setakat ni tak ada lah Monday blues. Ummi masih lagi berselang seli Work From Home (WFH) dan Work From Office (WFO). Ya masih lagi. Geng emak-emak dapat kelonggaran sikit, ikut budi bicara boss.

Hari ni 25 Oktober 2021 negeri Johor & Terengganu dah beralih ke Fasa 4, maknanya selepas 2 minggu anak-anak sekolah menengah dan sekolah rendah Tahap 1 dan 2 akan bergilir-gilir ke sekolah. Abang Syamil memang akan mula sekolah 1 November 2021, Abang Ilham pula bakal bersekolah 14 November 2021 kalau ikut kiraan Ummi lah. Sekolah dua minggu the cuti sekolah akhir tahun pun bermula. Maka Ummi haruslah buat persediaan fizikal dan mental untuk mula semula rutin harian emak-emak berkerja dan anak-anak bersekolah. Anak baru dua orang sekolah, Ummi nya punya dup dap jantung Allah je yang tahu. Bayangkan orang yang anak ramai tu. Bersyukurlah walau apa jua keadaan kita.

Nampak gayanya kena belikan Abang Ilham seluar sekolah baru. Memang tahun 2021 Ummi tak belikan uniform sekolah baru maklumlah dari tahun lepas kan jarang bersekolah. Lagi pun bab uniform baru ni ada hikmahnya Ummi tak belikan, sebab Abang Ilham dilantik jadi salah seorang ahli jawatankuasa Johor Student Leader Board (SLB) sepatutnya kena pakai uniform khas. Uniform khas SLB ni pun masih tak beli lagi. Nak beli hari tu, tup-tup sekolah tutup. SUdahnya Ummi delay lagi. So sekarang menunggu arahan cikgu untuk jadual persekolahan baru dan pemakaian uniform.

Esok Ummi Babah ambil cuti. Selain hal-hal abang-abang yang bakal nak mula sekolah, kani juga kena fokus pada hero special sorang tu. Esok 26 Oktober 2021 ada second appointment Syahid nak jumpa dentist HSA. Harap-harap beliau bagi kerjasamalah hendaknya. Ummi doa-doa orang tak ramai kat Klinik Pakar Pergigian Kanak-kanak HSA tu nanti. Mudah-mudahan urusan esok berjalan lancar. Seriau sebenarnya nak ke hospital musim COVID-19 ni. Tapi apa boleh buat, kita usaha mana yang mampu dan tawakkal padaNya. Semoga kita semua dilindungi dari jangkitan wabak COVID-19 ni.

Ok, stop here.

Ok, stop here. Kalau rasa nak melayan perasaan Modany blues tu, cepat-cepatlah istighfar dan cari aktiviti lain yang boleh boost your mood and energy.

Till then, once again.. Happy Monday everyone! Love yourself ok!ra

Jom baca: Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

Subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *