Pelancaran ‘Soulmates’ Di Toppen Shopping Centre Bagi Menghubungkan Usahawan Muda Dan Pengusaha Baru Ke Ruang Niaga Yang Fleksibel

Rambling

PELANCARAN ‘SOULMATES’ DI TOPPEN SHOPPING CENTRE BAGI MENGHUBUNGKAN USAHAWAN MUDA DAN PENGUSAHA BARU KE RUANG NIAGA YANG FLEKSIBEL

Pelancaran ‘Soulmates’ Di Toppen Shopping Centre Bagi Menghubungkan Usahawan Muda Dan Pengusaha Baru Ke Ruang Niaga Yang Fleksibel
Asian woman and manicure master in protective medical mask in beauty salon. African american girl in gloves doing nail procedure in interior

Toppen Shopping Centre kini memperkenalkan Soulmates sebagai sebuah platform yang bertujuan menyokong perniagaan tempatan pada masa yang mencabar ini. Bagi usahawan muda, peniaga kecil dan pengusaha baru, Soulmates merupakan sebuah platform ruang yang lengkap, fleksibel dan boleh disewa mengikut jam atau hari. Pengusaha dapat menyediakan perkhidmatan kecantikan, kesihatan, kecergasan dan asas kemahiran dalam suasana yang selesa dan profesional kerana selain ia direka khas menjadi tempat tumpuan sehenti, kemudahan berada di dalam persekitaran pusat beli-belah menjadikan Soulmates pilihan ideal.

Pelancaran ‘Soulmates’ Di Toppen Shopping Centre Bagi Menghubungkan Usahawan Muda Dan Pengusaha Baru Ke Ruang Niaga Yang Fleksibel
A Diverse group of Young Students Practicing Musical Theatre Dance in Studio

Buat masa ini, Soulmates mempunyai enam ruang perniagaan yang unik dengan konsep dan
keluasan yang berbeza yang boleh digunakan oleh ahli terapi kecantikan, jurusolek dan tukang
urut. Soulmates juga menawarkan sebuah studio yang diperincikan dengan cermin dinding penuh
yang menjadikan ia lokasi ideal bagi jurulatih kecergasan, tarian dan yoga mengadakan kelas
bagi komuniti di Johor Bahru. Guru seni dan perancang majlis juga boleh mengadakan kelas,
bengkel dan acara di studio Soulmates. Harga sewaan bermula dari hanya RM10 sejam dengan
penggunaan minimum selama 2 jam tanpa deposit.

“Berikutan pembukaan semula ekonomi, ramai individu dan pengusaha giat mencari peluang
untuk memulihkan, memulakan perniagaan dan berhubung dengan para pelanggan secara
selamat. Situasi lanskap perniagaan yang mencabar menjadikan mereka juga
mempertimbangkan harga yang berpatutan, fleksibiliti, persiapan yang minimum dengan risiko
yang rendah. Oleh itu, kami yakin Soulmates menjadi pilihan terbaik yang dapat memenuhi keperluan para usahawan muda, perniagaan kecil, pengurus runcit, perancang majlis dan lain-lain
lagi”, kata Vasilisa Kuznetsova selaku Centre Manager di Toppen Shopping Centre. “Di Toppen,
bukan sahaja ruang perniagaan yang disediakan malahan kami juga menyokong individu yang
ingin memulakan perniagaan merealisasikan idea perusahaan mereka.”

Pihak pengurusan Toppen sentiasa mengutamakan keselamatan dah kesejahteraan pelanggan.
Perlaksanaan sanitasi di antara setiap penggunaan dan kerja pembersihan kerap merupakan
piawaian keselamatan Soulmates di waktu pandemik ini.

Toppen berharap Soulmates dapat memberi faedah kepada lebih banyak perkhidmatan dan
memperluas tawaran ke pusat membeli-belah lain di bawah portfolio Ikano Centres di masa yang
akan datang.

PELANCARAN ‘SOULMATES’ DI TOPPEN SHOPPING CENTRE BAGI MENGHUBUNGKAN USAHAWAN MUDA DAN PENGUSAHA BARU KE RUANG NIAGA YANG FLEKSIBEL

PELANCARAN ‘SOULMATES’ DI TOPPEN SHOPPING CENTRE BAGI MENGHUBUNGKAN USAHAWAN MUDA DAN PENGUSAHA BARU KE RUANG NIAGA YANG FLEKSIBEL

Tempahan Soulmates di Toppen akan dibuka pada 25 Oktober 2021 dan sedia digunakan
bermula dari jam10.00pagi hingga 10.00malam setiap hari. Penyertaan adalah bagi individu dan
pemilik perniagaan yang dilengkapi vaksin dan melepasi tempoh 14 atau 28 hari sahaja.
Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 2 jam sebelum waktu penggunaan dengan minimum 2
jam setiap sesi, tertakluk kepada ketersediaan.

Bersempena pelancaran Soulmates, dapatkan tawaran tempahan ruangan Soulmates secara
percuma dari 25 Oktober hingga 7 November 2021. Caj pembersihan sebanyak RM10 per sesi
dikenakan. Promosi adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://soulmates.my/, hubungi kami di talian 07-277 3188 atau
lawati kami di Toppen Shopping Centre, 33A, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor
Bahru, Johor.

Baca juga: IKEA 2021 Catalogue Presents Malaysians with Affordable Home Furnishing Solutions

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!