
Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Memang Sedap! Beberapa bulan lepas viral pasal daging harimau menangis kan. Yang viral tu kisah permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen, ibu kepada Neelofa. Keluaran diorang tu Ummi tak pernah makan. Yang Ummi nak share ni Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen.
Sejujurnya Ummi baru makan dua kali je semenjak tahun lepas. Pertama kali makan, Ummi beli setelah mendapat review dari officemate. Ummi cuba versi Hany Thai Kitchen ni masa PKP 1.0 hehehe. Korang bayangkan lamanya Ummi simpan video dan gambar ni hahaha. Kali kedua Ummi makan hasil air tangan sendiri. Tapi bahagian daging yang Ummi pilih adalah bahagian batang pinang. Tidaklah dijumpai bahagian “harimau menangis” itu. Eh, masa masak sendiri laju pula Ummi post ke blog ya hehehe.
Boleh baca sini >> Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai

Ini packaging tahun lepas masa Ummi pertama kali beli. Rasanya sekarang diorang dah tukar packaging menggunakan plastik.




Inilah rupa daging harimau menangis sebelum dimasak. Keadaannya di frozenkan untuk menjaga kualiti dan tahan lebih lama. Bersama-sama pek ini disediakan sos thai yang tersangatlah sedap. Tengok gambar tu macam terasa masuk ke mulut oiii. Serious memang sedap gilalah sos perapan dagingnya ni. Kena pulak cicah dengan sos thai yang sedap ni. Memang tak pandang kiri kanan weh. Masam-masam manis dan pedas buat rasa dia tu ngam je bila masuk mulut. Huwaaa lapar weh.




Memang Ummi recommend korang untuk cuba Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen ni. Memang berbaloilah dengan harganya tu. Puas hati cukup rasa. Bulan puasa ni dapat berbuka dengan lauk ni pun sodap kan hehehe. Ya Allah tabahkanlah hatiku ini hehehe. Ok korang yang nak cuba boleh contact nombor kat bawah ni ya. Untuk kawasan lain, korang boleh refer list agen di FB atau IG Hany Thai Kitchen. Selamat mencuba!
Facebook: Hany Thai Kitchen
Instagram: Hany Thai Kitchen
Agent Hany Thai Kitchen Gelang Patah:
Aini Anura – https://wa.me/60178404676
Cover area Gelang Patah, Iskandar Puteri, Skudai, Pulai, Senai, Kulai.
p/s Bilalah nak cuba Crying Tiger Beef keluaran Boat Noodle @ Tea O Ice 50 Cents. Mesti sedap juga tu. Menu sana jarang tak sedap.
Leave a Reply