Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai

Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai

Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai | Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga plan nak masak sendiri Daging Harimau Memangis bersama Sos Cili Ala Thai ni. Sebelum ni teringin sangat nak makan, nak buat tu rasa malasnya berganda-ganda. Jadi masa musim PKP terperuk di rumah tu Ummi sempatlah beli Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen dari agen Gelang Patah. Memang mantap rasanya. Cerita tu nanti Ummi buat post khas untuk review. Bila dah terngiang-ngiang rasanya tu, timbullah rasa nak membuatnya sendiri.

Kebetulan semalam Abang Ilham request nak makan steamboat. Jadi Ummi tambah dengan Daging Harimau Menangis acah-acah bersteamboat and grill di rumah. Laju jugalah Ummi mengorder daging segar dari Lukman. Oklah, jom tengok resipi Daging Harimau Menangis dan Sos Cili Ala Thai.

Cuba juga resipi Kerang Masak Kam Heong

RESIPI DAGING HARIMAU MENANGIS / SUA RONG HAI

Bahan-bahan

Bahan-bahan perapan daging. Perap daging 1 jam atau lebih.
(Ummi masak hanya untuk 1/2kg daging sahaja. Almaklumlah baru nak mencuba)

1/2kg Daging (daging batang pinang)
2 sudu gula perang
2 sos ikan
2 sos tiram
2 sos lada hitam
2 sudu minyak masak
Lada hitam (ditumbuk)
Garam (jika perlu)

Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai

Cara-cara Membuat

Potong daging mengikut saiz yang disukai. Ummi guna daging batang pinang. Baca resipi lain, ada yang guna daging banyak lemak. Tapi Ummi dah terlebih lemak. Jadi tak payah sibuk nak tambah lemak kikiki.Cucuk-cucuk daging menggunakan garfu agar bahan perapan mudah serap ke dalam daging. Campurkan ke semua bahan-bahan lain diatas dan gaulkan bersama daging. Korang adjustlah rasanya tu nanti. Jangan skema sangat ikut resipi. Minyak bertujuan untuk melembutkan daging dan memberikan kesan ‘juicy’. Perap lebih kurang sejam. Nak perap lagi lama lagi sedap. Kemudian bakar menggunakan frying pan atau air fryer.

Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai
Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai

Ummi pun tak tahulah kenapa malas nak on air fryer hahaha. Ummi bakar atas dapur guna frying pan je. Untuk permulaan memasak, akan keluar air dari daging. Jadi biarkan sehingga kering.

Daging dah masak.

Potongkan menjadi sedikit nipis dari saiz asal. Kemudian kita sediakan sos pencicah untuk rasa yang lebih padu.

Ini dia Sos Cili Ala Thai versi Ummi Ilhams. Boleh rujuk resipi di bawah. Ada resipi yang menggunakan gula melaka. Ummi tukar dengan gula merah. Sebab Ummi tersilap beli hahaha. Pagi tengok resipi nampak gula merah, petang baca semula gula melaka rupanya. Tapi apa pun rasa tetap sedap.

RESIPI SOS CILI ALA THAI

Bahan-Bahan:

Asam Jawa Adabi
1 cawan air suam – campur asam jawa
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
2 sudu gula merah
6 biji cili api tumbuk halus (level kepedasan ikut suka)
8 biji bawang merah (dipotong dadu kecil)
2 sudu beras (disangai dan ditumbuk halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)
Garam

Cara Membuat

Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul. Tambah air masak sekiranya terlalu pekat. Perasakan dengan garam dan pastikan rasa masam, manis, masin dan pedas secukup rasa. Pepandailah korang adjust rasanya.

Taraaaaaaaaa.. This is my own version of “DAGING HARIMAU MENANGIS BERSAMA SOS CILI ALA THAI”. Alhamdulillah sedap. Done puji diri sendiri kahkahkah. Hargailah penat lelah diri sendiri bersilat di dapur dengan memuji diri sendiri. Cuma jangan terlalu taksub dengan diri sendiri kerana semuanya datang dari Allah. Githchewww~~

Ada 1/2kg lagi daging batang pinang. Tengah plan nak buat bulgogi ke masak daging black pepper. Hurmmmm. Kena tanya juri-juri di rumah. Ok, korang yang belum pernah mencuba resipi ni, silalah cuba Resipi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Cili Ala Thai. Insha Allah sedap kejadiannya.

Baca juga resipi ala Thai yang lain – DDHN – Resepi Ikan Kerapu Stim Lemon Ala

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *