FamilyMart Basque Burnt Cheesecake Sofuto.. Sedap Ke Tak?

FamilyMart Basque Burnt Cheesecake Sofuto.. Sedap Ke Tak? | Walaupun dah berminggu-minggu FamilyMart memperkenalkan perisa terbaru Basque Burnt Cheesecake Sofuto ni, Ummi baru je nak mencubanya. Nak juga merasa sedap ke tidak rasanya. Jadi lepas lunch di Restoran Hua Mui, Taman Eko Botani kami terus singgah ke FamilyMart Taman Eko Botani semata-mata nak beli sofuto.

Rupanya memang nampak lazat dan buat tak sabar nak merasa. Mungkin sebab Ummi yang obses dengan Basque Burnt Cheesecake hehe. Pertama kali makan tu rasa ok, lama-lama ada rasa muak sebab hujung-hujungnya macam masin. Ya, Ummi faham ada unsur cheese mestilah kemasinan, tapi entah macam tak kena tekak hehehe. Atau mungkin sebab Ummi dah terlebih kenyang. Pada tekak Ummi, Matcha Sofuto dan Belgian Dark Chocolate Sofuto juga yang tetap sedap ditekak Ummi hehe.

Haaaa muka yang kenyang tapi tetap nak makan aiskrim. Maaflah Ummi jakun mungkin. Apa pun Basque Burnt Cheesecake Sofuto tu tetap habis sampai ke titisan terakhir hehe. Siap makan aiskrim barulah pemandu sebelah Ummi memecut balik office. Sekian cerita makan Basque Burnt Cheesecake Sofuto.

 87 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!