Ayam Masak Kalio Menggunakan Sos Kalio AYA Real Food | Dah dua hari Ummi bersenang lenang ponteng masak. Semalam Ummi ambil cuti menghilangkan penat meronda Legoland. Nasiblah ada Ready to Eat Sauce “Kalio” AYA REAL FOOD senang kerja Ummi.

Pertama kali masak masakan Padang ni tau. Makan lauk Ayam Kalio pun memang tak pernah apa lagi nak masak hehe. Bila dah ada sos Kalio ni marilah kita cuba menu baru. Kalau sedap bolehlah kita repeat lagi berkotak-kotak ya.
Sos Kalio ni ada bukan sahaja boleh dimasak dengan ayam ya, ianya boleh juga dimasak dengan daging, seafood dan sayur-sayuran. Ikut selera masing-masinglah. Jangan ikut selera jiran sebelah rumah ekekeke.
Korang boleh tengok cara mudah memasak Ayam Kalio di video di bawah ya. Mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Ummi tak pasti Ayam Kalio sebenar banyak kuah atau tak. Ummi tambah air untuk lebih berkuah. Almaklumlah Babah tak berapa suka makan lauk kering-kering. Jadi kita bagilah kuah sikit.
CARA MEMASAK AYAM MASAK KALIO
Mudah sangat masak dengan perencah Kalio ni. Semua bahan dah ada dalam tu, Serai, santan semua dah cukup. Kalau malas juga nak memasak ni mahu kena karate je hehe. Cuma Ummi tambah ayam, daun kari dan daun kunyit. Rasanya sedap. Macam rasa rendang pun ada. Babah pun cakap macam rasa rendang. Masa tengah masak, anak-anak sibuk tanya Ummi masak apa tu sebab bau sedap. Yang penting jimat masa nak masak sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya. Campak-campak. Dah siapppp.. ready in 20 minutes!
[Baca juga: Aneka Resipi Masakan Ayam]

Ayam Masak Kalio Menggunakan Sos Kalio AYA Real Food
Yang penting produk AYA Real Food ni:.
Gluten-Free
Vegetarian
TIADA MSG
TIADA Bahan Pengawet
TIADA Pewarna Tiruan.
Korang nak cuba boleh dapatkan pelbagai lagi produk dari AYA Real Food di website dan instagram atau dapatkannya dari lazada, Shopee, Grab Mart dan Happy Fresh.
Instagram: www.instagram.com/ayarealfood
Facebook: https://www.facebook.com/ayarealfood
Website: www.ayarealfood.com
Resipi dan Menu dari air tangan Ummi boleh baca di Dari Dapur Hernee Nazir.
Try masak dgn ikan pon sedap
First time tahu pasal ni… Nampak kandungan yang menyihatkan di situ.. huhu.. leh try nanti
Boleh cuba ni, tapi tak pernah jumpa mana jual, jual online aje ekk..