Mee Siput Sedap by Mama Hayyan

Mee Siput Sedap by Mama Hayyan | Ummi ni sejenis pantang dengar orang jual makanan, semua pun nak dibelinya. Lagi-lagi kalau yang menjual tu kawan-kawan rasa tak sampai hati kalau tak support. Boleh gitu hahaha. Ada kawan kata, buka status whatsapp Ummi je nampak makanan. Buka je nampak makanan hehe. Ok kali ni Ummi nak tayang salah satu makanan kegemaran Ummi juga, Mee Siput. Mee Siput ni istimewa dari Muar dan dijual oleh Mama Hayyan orang Muo hehe.

Setakat ini, Ummi dah beli dua kali dan dah berjaya menghasut dan mengecurkan air liur kawan-kawan lain lalu beliau pun membelilah dengan Mama Hayyan. Memang sedap Mee Siput ni kerana digoreng rangup. Kadang-kadang ada yang jenis goreng sekejap dan tak deep fry jadi mee siputnya belum betul-betul kembang, tak rangup dan mudah lemau serta keras kejung.

Tengok sambal tumis pencincah mee Siput pun dah buat ngences tau. Terbayang rasa dia yang sedap tu. Nadi utama mee siput adalah sambalnya. Sedap sambalnya sedaplah rasa bila kedua-duanya bergabung. Sambal memang memainkan peranan yang penting buat hati pelanggan tertawan gitu.

Korang yang teringin nak cuba mee siput sedap ni boleh contact nombor di bawah ni ya:

Mama Hayyan 017-613 1307

Instagram: https://instagram.com/suliana_hisam

p/s Mama Hayyan pun ada menjual Pes Asam Pedas Pak Abu, Pes Ikan Bakar Pak Abu dan Pes Mee Bandung original dari Muar.

 219 total views,  4 views today

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!