Beef Bulgogi – Frozen Bulgogi by Halmeoni Kitchen

Beef Bulgogi – Frozen Bulgogi by Halmeoni Kitchen | Akhirnya setelah seminggu membeku dalam freezer, siap juga Ummi masak Bulgogi Beef ni. Kalau korang nak tahu, Halmeoni Kitchen sekarang dah menjual frozen bulgogi tau. Ada yang biasa dan juga pedas. Ummi baru cuba beef bulgogi biasa je dulu. Nampak yang pedas pun macam menarik. Ummi ni kan penggemar Korean Food walaupun belum kesampaian nak melamcong ke Korean. Kita makan je la makanannya dulu. Nasiblah ada jiran yang pakar bab memasak menu Korea ni. Senang Ummi nak beli hehehe.

Ok korang, tak payah buang masa baca bebelan Ummi. Kita straight to the point tengok bahan dan cara memasak Beef Bulgogi menggunakan Frozen Beef Bulgogi dari Halmeoni Kitchen.


Beef Bulgogi ~ Frozen Bulgogi by Halmeoni Kitchen


Bahan-bahan:

Frozen Bulgogi by Halmeoni Kitchen
Minyak masak
1 biji bawang holland (potong panjang)
1 bungkus cendawan enoki
daun bawang (potong seinci)

Cara Memasak Beef Bulgogi/ Bulgogi Daging:

1. Tumiskan bawang holland dan masukkan frozen beef bulgogi. Gaul dan biarkan hingga masak.

2. Setelah itu, masukkan daun bawang & cendawan enoki. Gaul rata dan biarkan masak selama 3 minit. Siap!

3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Boleh tengok short video Ummi memasak Beef Bulgogi ni ya. Kalau sudi tekanlah butang LIKE, COMMENT & SHARE.. jangan lupa SUBSCRIBE Youtube Channel HERNEE NAZIR ya!

Nak cuba Frozen Beef Bulgogi boleh contact:

Leen +6017-7212426

Facebook: Halmeoni Kitchen

Instagram: @halmeoni_kitchen

** Selain dari Frozen Beef Bulgogi biasa ada juga yang spicy tau. Banyak juga produk lain seperti Kimchi, Tteokbokki, Korean Lunch Box dan lain-lain.

 229 total views,  6 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!