Sejukkan Tekak di Shake Shake Sunway Big Box

Sejukkan Tekak di Shake Shake Sunway Big Box | Cerita hari cuti public holiday, selepas penat mencuci mata di Sports Direct Sunway Big Box, Ummi dan kawan-kawan JDT Blogger menyejukkan tekak di Shake Shake. Bukan senang nak dapat berkumpul macam ni, maklumlah masing-masing ada komitmen sendiri. Tak semua antara kami ni full time blogger, mostly part time blogger je. Jadi masa yang ada ni kita guna sebaiknya.

Alhamdulillah sempat melepak dengan Suzlin, Suzie, Norfy, Ajan dan Eda.

Ok jom tengok antara minuman yang kami cuba sepanjang lepaking di Shake Shake, Sunway Big Box. Ummi recommend korang untuk cuba sendiri ok.

6 JENIS MINUMAN PALING TOP DI SHAKE SHAKE, SUNWAY BIG BOX

Fiery Brown Sugar Pearl Fresh Milk (Signature Drink)
Cheese Passion Fruity Iced Tea
Iced Latte
Pearl Milk Tea
Matcha Red Bean Smoothie
Purple Rice Yougurt

Agak-agak korang dalam banyak-banyak minuman ni Ummi suka yang mana? hehe. Siapa jawab betul Ummi belanja makan angin ekekeke. Paling menawan hati Ummi adalah Iced Latte. Serious mantap! Bijian kopi yang digunakan adalah Arabica dan Colombia. Selain dari itu, Ummi suka sangat minum Cheese Passion Fruity Iced Tea. Rasa masam buah markisa tu buat rasa fresh. Signature drink di Shake Shake ni adalah Fiery Brown Sugar Pearl Fresh Milk. Boleh tahan juga sedapnya. Yang paling unik pada Ummi adalah Purple Rice Yougurt. Rasa macam makan bubur pulut hitam hehehe.

Bukan sekdar minum je, kami sempat juga alas perut dengan waffle yang sedap. Kalau kebiasaannya korang makan classic waffle, peanut butter waffle atau chocolate waffle kan. Tapi di Shake Shake ni korang boleh rasa keenakan waffle berperisa tomyam, rendang dan chicken floss. Ummi paling suka Rendang Waffle. Rasa rendang dia sedap gila.

Korang yang tak tahu nak lepak mana sambil isi perut boleh la cuba variety of drinks and foods di Shake Shake, Sunway Big Box tau. Ada disediakan meja dan kerusi berhadapan kiosk ni untuk korang duduk sembang-sembang.

Jangan lupa sebelum minum shake shake dulu ok hehe. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk korang nikmati diskaun 20% bagi pembelian 2 atau lebih setiap minuman di Shake Shake. Promosi ini akan berakhir sehingga 30 September 2020. Korang juga boleh dapatkan promosi ni di kiosk Shake Shake, KSL City Mall. Selamat berSHAKE SHAKE uolls!

 248 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!