Sports Direct Kini Dibuka di Sunway Big Box, Sunway Iskandar, Johor

Info Sharing

Sports Direct Kini Dibuka di Sunway Big Box Johor | Berita gembira untuk peminat peralatan sukan dari Sports Direct, kini outlet ke 31 telah dibuka di Sunway Big Box, Sunway Iskandar, Iskandar Puteri. Mempunyai keluasan lebih kurang 18,000 kaki per segi bagi menempatkan lebih daripada 70 jenama antarabangsa dengan menawarkan pilihan dan harga yang terbaik untuk peminat sukan. Tambahan keluasan 4,000 kaki per segi untuk tambahan jenama USC yang bakal menyusul awal tahun nanti.

Ummi dah sempat terjah ke sana semalam. Sempatlah belek-belek apa yang patut. Yang pastinya Ummi sangat-sangat suka ke sini. Sebelum ni memang kami kerap ke Sports Direct Tesco Mutiara Rini. Macam biasalah ikut Babah cari peralatan sukan dia tu. Kasut sukan Ummi pun sebelum ni pun ada yang dibeli di Sports Direct.

5 SEBAB UMMI SUKA SPORTS DIRECT SUNWAY BIG BOX

  • Kawasan lebih luas untuk memberi keselesaan kepada peminat-peminat sukan mencari keperluan masing-masing. Dengan susunan barang-barang yang lebih mudah dicari dan tersusun rapi.
  • Lebih banyak pilihan dengan rangkaian lebih 70 jenama antarabangsa. Jenama-jenama yang terkenal dan semestinya kualiti yang terbaik.
  • Tawaran harga menarik dan berpatutan untuk para pelanggan.
  • Staff yang mesra pelanggan dan sangat membantu.
  • Lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses.

Buktinya jom kita tengok gambar-gambar yang Ummi sempat snap untuk tatapan pembaca blog Ummi.

Kalau korang tengok tag merah (2 FOR xxxx) maknanya itulah diskaun terendah yang ditawarkan, Tag kuning pula diskaun peringkat pertengahan.

Bola sepak jenama Mitre antara jenama eksklusif di Sportd Direct.

PERCUMA Stringing untuk pembelian raket.

Bola Sondico ni lah yang bakal turun harga sehingga RM1 untuk 100 pelanggan pertama pada 26 & 27 September 2020.

Untuk yang suka kumpul merchandise Sports Direct bolehlah grab mug, food container, weigth scale dan sebagainya.

Kasi can lah Ummi posing sesorang hehehe.

Sebenarnya Ummi ada aim satu kasut ni. Hurmmmm tapi tapi Ummi tak grab pulak. Kena pergi lagi ke macam mana ni ek? hehehe.

Ummi balik dari Sports Direct terus pass baton ke Babah. Maka sakanlah beliau bershopping.

Tup-tup balik bawa beg plastik berisi barang-barang di atas. Ummi nak belikan tapi takut tak sama saiz ke tak berkenan ke apa kan. Jadi better lah Babah pergi sendiri. Semua yang dibeli mostly untuk cycling. Harga memang berpatutan tau.

Jangan lupa datang ke SPORTS DIRECT SUNWAY BIG BOX dan nikmati PROMOSI ISTIMEWA PEMBUKAAN.

✨Puma Weave XT Womens Shoes, Zone XT Mens Shoes RM99

✨Adidas Supernova Mens & Womens Shoes RM99
✨Sondico Football RM1
✨Carlton Badminton Racket RM15

✨ Everlast Backpack RM15
✨Everlast 3 Packs Men & Ladies Trainer Socks RM5
PERCUMA Under Amour Ilussion Bottle bernilai RM75 untuk 50 pelanggan pertama (dengan pembelian minimum RM150 dan ke atas jenama Amour dalam satu transaksi)
✨PERCUMA Bag 4 Life dengan pembelian RM150 ke atas (untuk 300 pelanggan pertama)
dan banyak lagi tawaran hebat untuk 100 pelanggan pertama.

Korang juga boleh join SNAP & SHARE untuk mendapatkan baucer RM10 dan peluang memenangi CABUTAN BERTUAH

LOKASI SPORTS DIRECT SUNWAY BIG BOX

Ground Floor, Sunway Big Box, Johor
Tarikh: 26 & 27 September 2020
Masa: 12PM – 9PM


Mengikut terma dan syarat.

Untuk maklumat terkini bagi sebarang promosi, korang boleh follow:

Website – https://my.sportsdirect.com/

Instagram – @sportsdirectmy

Facebook – https://www.facebook.com/SPORTSDIRECT.MALAYSIA

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!