Ikan Bakar Sedap di Ikan Bakar Letop, Mr. White Cafe Kg. Tiram Duku

Ikan Bakar Sedap di Ikan Bakar Letop, Mr. White Cafe Kg. Tiram Duku | Cerita minggu lepas, tetiba balik kerja terasa kemalasan nak memasak. Jadi dah terlanjur laluan balik ke rumah tu melalui Mr. White Cafe Kg. Tiram Duku ni jadi Ummi suruh la Babah singgah. Hajat hati nak mencuba ikan bakar letop sebab dari review Mommy Ngah dan Mama Cu sedap ikan bakar kat sini katanya.

Jadi tanpa berlengah Ummi memilih ikan yang nak dibakar. Mula-mula nak beli ikan pari almaklumlah bujang sulong tu peminat tegar ikan pari. Tapi bila Babah turun Ummi tanya nak ikan apa, dia pilih ikan siakap. So seekor ikan bakar siakap RM25. Ada taburan petai dan bendi.

Seekor lagi Babah tambah ikan cencaru bakar. Harganya RM10 seekor. Ada taburan bendi.

Tambahan kerang bakar. Semangkuk RM10. Ummi ambil dua mangkuk. Almaklumlah Abang Ilham suka makan kerang macam Ummi dia. Takut pula tak cukup hehehe. Nampak permainan mak ko hahaha. Ngam teruk kerang cicah sos thai tu kan.

Overall, ikan bakar tu sedap sambalnya. Ikan dan semua seafood fresh from the sea. Ummi geram je tengok stong fresh. Nanti boleh cuba Sotong Ala Thai tu. Menu lain Mr. White Cafe tu Ummi tak cuba lagi. Maybe next time kita boleh cuba di saat kemalasan memasak ujud dalam diri haha. Kalau korang nak mencuba boleh la ke sana. Kalau dari PTP tu belok kanan. Tak berapa jauh dari simpang tu dah boleh sampai sini. Jangan datang Isnin tau, tutup!

IKAN BAKAR LETOP

Facebook – Ikan Bakar Letop

Alamat:

Lot 632-H(JTK192, Kampung Tiram Duku Kiri, 81550 Gelang Patah, Johor.

No. H/P: 012-722 4780

Google Map:

Untuk Tempahan:
www.wasap.my/+60127224780/ikanbakarletop

 298 total views,  1 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!