Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Foods Review

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri | Bila dah mula kerja ni dugaan “makan” tu memang kuat sekuat angin ribut taufan hahaha. Hakikatnya iman sendiri yang tak kuat melawan nafsu makan. Kelaut sungguh lah plan nak kurus Ummi ni. Tapi kalau duduk rumah pun sama je. Lapar tetap cari makanan kat dapur hehe.

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Pertama kali Ummi ke Restoran Hua Mui yang baru saja membuka cawangan di Taman Eko Botanik, Iskandar Puteri. Itu pun sebab geng mok-mok ni ha beriya nak lunch di sini. Ummi tak pernah makan kat Restoran Hua Mui bandar tu sebelum ni. Sejak PKP memang Ummi anak beranak tak ada beriya keluar makan. Kalau nak makan sedap-sedap pun guna khidmat Grabfood je. Melantak je di rumah lebih selamat. Maklumlah anak-anak Ummi ‘fragile’ hehe.

Kami ke sana empat orang je. Jom tengok apa yang kami makan.

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Kopi ais padu.

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Ummi dan Uncle Nazame makan signature dish, Hainanese Chicken Chop. Sedap!

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Yap makan Tomyam Chicken Soup with Rice. Hurmmm.. tomyam kat kedai Awe pun ada hahaha.

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Kak Leen makan mee apa nama entah. Tak ingat. Yang penting sedap.

Lunch di Restoran Hua Mui Taman Eko Botani Iskandar Puteri

Roti bakar is a must! hehe. Butter & Kaya Toast tiga set.

Butter & Kaya Bun satu set.

Masing-masing mempamerkan muka kekenyangan. Kalau nampak pipi Ummi yang bulat tu sila buat-buat tak nampak ya. Biasalah lama duduk rumah, membesar bagai johan.

Untuk korang yang nak mencuba menu di Restoran Hua Mui, boleh la terjah cawangan baru ni. Tapi cakap awallah orang memang ramai. Bersedialah untuk beratur menunggu turn dek kerana mengikut SOP.

RESTORAN HUA MUI

Alamat:

No 25, 27, 29, Jalan Eko Botani 3/5, Taman Eco Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor.

Waktu Perniagaan:

Khamis9am–6pm
Jumaat9am–6pm
Sabtu10am–6pm
Ahad10am–6pm
Isnin9am–6pm
Selasa9am–6pm

Telefon: 
07-571 5252

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!