Salam Aidilfitri 1441H / 2020M

Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri 1441H / 2020M | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah 1 Syawal 1441H menjelma jua akhirnya. Selamat tinggal Ramadhan yang penuh rahmat dan hikmah. Semoga bertemu lagi di bulan mulia ini tahun hadapan.

Di kesempatan ini, Ummi ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada salah silap dan keterlajuran di dalam berbicara mahupun penulisan yang menyinggung hati kalian. Sesungguhnya Ummi adalah insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Raya tahun ini pastinya berbeza dari raya yang sudah-sudah. Buat pertama kalinya dalam hidup kita semua berhari raya dalam musim wabak COVID-19 yang mana pergerakan kita tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Untuk yang tak dapat balik ke kampung merentas negeri) , bersabarlah insha Allah dugaan ini hanya sementara. Nanti bila semuanya dah pulih bolehlah melepaskan kerinduan pada keluarga di kampung ya. Untuk yang berjaya pulang ke kampung, pastikan korang semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Jaga jarak antara satu sama lain, amalkan penjagaan kebersihan, kerap basuh tangan, gunakan hand sanitizer serta pakai face mask.

Stay at home! Stay safe!~ Berayalah di rumah sendiri sahaja. Elakkan aktiviti ziarah menziarahi sanak saudara. Pastikan korang mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan juga KKM. Kegagalan korang mengikut syarat PKPB akan mengakibatkan kesukaran kita untuk memutuskan rantaian COVID-19. So pleaseeeeee, follow the SOP! Kasihanilah para frontliners yang menjaga kita siang dan malam. Mereka juga ada ahli keluarga yang ditinggalkan. Jadi apalah sangat pengorbanan kita nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka menjaga dan melindungi kita semua.

Last but not least, yang balik kampung tu jangan suka sangat ya. Korang masih tertakluk kepada syarat-syarat PKPB. Jangan cuba menipu pihak polis bila ditahan road block, jangan cuba-cuba beraya sakan rumah saudara, kawan-kawan. Kita tak tahu kot-kot kita pembawa virus secara senyap. Kalau sayang emak ayah tolonglah jangan risikokan diorang. Gunakan akal yang waras, jangan ingat bersuka ria je. Sekarang kau memang boleh cakap “alahhh.. kalau nak kena.. kena gak”. Ya, esok bila dah kena baru kau tahu langit tinggi rendah. Tak ada siapa boleh lawat, jaga kat hospital itu yang kau nak kan? Kalau nasib kau selamat, tapi emak ayah datuk nenek kau yang berisiko tinggi yang terkena jangkitan. Kau tak rasa bersalah ke? Kata sayanggggg kan. Sayang tak merisikokan diorang. Biarlah nangis sekarang tak dapat raya sama-sama dari kau nangis tak dapat tengok jenazah diorang nanti. Ok ucapan raya dah jadi ucapan bebel. This is all because i am sick of these people. Kenapa susah sangat nak ikut peraturan. Kalau esok kerajaan sambung PKP semula, siapa yang susah? Bukan kau sorang, semua orang terlibat tahu? Pilihan kat tangan masing-masing. Hiduplah dengan norma baharu. Walk the talk! Bukan kat FB pungpang-pungpang, tup tup ko raya sakan. Ok penat bebel. Sekali lagi selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Stay at home! Stay safe! Berayalah di rumah masing-masing. Pakai je baru raya tiap-tiap hari tak ada sesiapa marah.

Untuk yang berhajat nak ke rumah kami, MAAF. KAMI PURA-PURA TIADA DI RUMAH!

xoxo, Ummi Ilhams ?

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Salam Aidilfitri 1441H / 2020M

  1. Salam Aidilfitri, maaf Zahir Batin.
    Thanks for reminder. .
    Moga hancur Covid 19 di Malaysia segera sebelum tamat fasa sekarang..Amin Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!