
Panduan Lengkap Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah | Assalamu’alaikum. Berikutan dengan penularan wabak COVID-19 kita semua disarankan untuk mengadakan Solat Sunat Hari Raya di rumah masing-masing. Berikut adalah Panduan Lengkap Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah boleh dijadikan rujukan untuk para imam ketua keluarga.
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah sebelum masuk waktu zohor.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
Lafaz niat mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidilfitri kerana Allah Taala.
Jumlah Rakaat Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya adalah dua rakaat sahaja.
Lafaz Takbir Hari Raya
Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat hari raya.

Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Niat Soat Hari Raya Aidilfitri (Imam)

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Makmum)

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Bersendirian

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Raya
Rakaat Pertama
1. Takbiratul ihram
2. Membaca doa Iftitah

3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah imam selesai membaca Al-Fatihah.

5. Membaca ayat daripada surah Al-Quran atau surah-surah lazim.
6. Meneruskan rukun solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir lima kali dan tasbih empat kali).
4. Membaca ayat daripada surah Al-Quran atau surah-surah lazi
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
Bacaan Khutbah Hari Raya Aidilfitri
Khutbah raya akan dibacakan oleh khatib selepas solat sunat aidilfitri. Para jemaah hendaklah memberikan sepenuh perhatian dan diam.
Selamat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing. Stay at home! Stay safe!