Cerita 2 Beradik di Malam Raya

Cerita 2 Beradik di Malam Raya | Assalamu’alaikum. Ini cerita The Ilhams, 2 out of 3 la. Ilham ke 4 je dah selamat ditidurkan oleh Babah. Ummi sebenarnya tengah kelentang keletung kat dapur. Tup tup abang-abang ni ajak teman main bunga api. Jengah la kejap depan rumah. Pasang pelita comel ni, bagi dia main bunga api dan mercun pop pop hahaha. Itu pun dah cukup bahagia. Jangan sampai terbakar pokok lidah mak mertua nenek sebelah rumah dah la. Memang Ummi kena ganti pokok lidah mak mertua Ummi hahaha.

Kemain berpeluh lagi Abang Syamil tu. Sebelum tu dia dah berlari la main basikal la kat beranda.

Kasi can lah main bunga api sekejap kan. Bunyi jiran-jiran main mercun berdentam dentum. Sampai melatah-latah Ummi sambil masak kat dapur. Sekali malam raya kedua terus sunyi sepi. Bunyi mercun pop pop pun tak ada hahaha.

Bunga api dan mercun legend ni, dari zaman Ummi kecil lagi kan. Bunga api yang batang besi tu. Lepas main kena kumpul batang besi tu takut tercucuk. Mercun pop pop je la yang berani dibelikan untuk dua ketul ni. Jangan main sepah kat pokok-pokok Ummi udah le.

Lepas main mercun diorang sambung layan Upin Ipin. Haisyhhhhh baik raya baik tak raya kartun memanjang ya korang. Tak kasi can Ummi tengok tv. Ok lepas ni kita cerita menu raya pulak.

Stay tuned.. stay safe.. stay home!

 333 total views,  2 views today

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!