13 Tahun Bersama PTP (16 Mei 2007 – 16 Mei 2020)

13 Tahun Bersama PTP | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah 16 Mei 2020 genap 13 tahun berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Syukurlah rezeki di kampung sendiri. Masa study memang cita-citanya nak cari kerja di PTP. Tak sangka bukan je kerja dapat kat PTP, jodoh pun dapat kat PTP hehehe.

Mula-mula masuk PTP 16 Mei 2017 dapat HSE Department lepas tu gabung pulak dengan Marine Services Department. Boss kena handle dua-dua department. Bila boss resigned, Ummi stay di Marine Services Department dari 2013 sampailah sekarang. Belajar pentadbiran awam dan pentadbiran korporat, tapi kerja jaga tug boat dan pilot boat ahahaha. Kawan Ummi kata dulu ko ambil engineering ke admin kahkahkah. Rezeki apa yang ada grab je kawan. Jangan memilih. Walau ko belajar ilmu lain, ko kerja ilmu lain tak ada salahnya. Bertambah-tambah ilmu baru adalah kan.

Semoga panjang lagi jodoh Ummi dengan PTP. Dah tua, malas nak pindah randah cari kerja lain hehe. Babah pun sama kat sini. Jadi marilah kita pencen bersama di PTP. Till then, babai!

 130 total views,  1 views today

4 comments

  1. tahniah beb..lama weh keje kat situ..aku Flextronics pun dah 9 tahun..cuma takde rezeki nak jumpa ko mase keje sane ek..Dulu belum jadi blogger..hahahaha..

    Paling best dapat kerja dekat dengan rumah ek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *