Dettol Disinfectant Spray Bantu Cegah Penyebaran Virus Berbahaya

Dettol Disinfectant Spray Bantu Cegah Penyebaran Virus Berbahaya | Assalamu’alaikum. Mencegah lebih baik dari mengubati. Stok Dettol Disinfectant dah sampai. Babah cari kat farmasi semua yilek. Almaklumlah tengah musim wabak COVID-19 ni, ramailah orang ikhtiar mencari. Bila Nenek kata dia ada beli kat Lazada, teruslah Ummi shopping online. Ummi grab dua botol terus. Senang nak spray kat rumah. Maklumlah anak-anak Ummi boleh tahan sensitif. Lagi-lagi si istimewa sorang tu. Alhamdulillah sejak PKP ni, masing-masing terkurung dalam rumah, Ummi perhatikan kesihatan diorang memang maintain je. Alhamdulillah sesangat. Semoga berkekalan hendaknya.

Fakta Menarik Tentang Dettol Antibacterial Germicidal Hygiene Liquid Disinfectant Spray

  • Dettol Disinfektan Spray dapat membantu melindungi keluarga anda dari kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya.
  • Terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E. coli, salmonella dan virus selesema, di permukaan yang anda bersentuhan setiap hari, seperti pemegang pintu, tong sampah dan kawasan tandas.
  • Harga Dettol Disinfectant Spray RM23.25
  • Kandungan Dettol Disinfectant Spray – 450ml
  • Bau pilihan – Crisp Breeze/ Morning Dew


Dettol Disinfektan Spray wangi dan selamat. Spray wajib ada di setiap rumah. Kita ikhtiar elakkan penyebaran bakteria dan virus disamping mematuhi SOP kesihatan yang disyorkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ingat! Ianya bukan menghapuskan virus 100%. Takut ada yang cakap Ummi overclaimed kang hehehe.

Ummi guna yang warna biru ni, Crisp Breeze, memang wangi. Wangi yang mendamaikan tau. Anak-anak pun suka bau ni. Boleh spray di ruang tamu, bilik, tombol-tombol pintu dan tandas.

Kalau korang nak beli boleh la ke Lazada Malaysia. Setelah Ummi compare harga dengan Shopee, rasanya Lazada lebih murah. Tu yang laju je check out hehehe. Ok boleh refer link kat bawah ni ya.

DETTOL DISINFECTANT SPRAY – CRISP BREEZE (450ML)

 120 total views,  1 views today

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *